Home » Petua Dan Tips » 6 Petua Kulit Muka Gebu Dan Cerah

6 Petua Kulit Muka Gebu Dan Cerah

6 Petua Kulit Muka Gebu Dan Cerah.Siapa yang tidak mahu kulit wajah yang gebu dan cerah. Zaman moden ini banyak rawatan dan produk kecantikan wajah ada dipasaran. Dengan berbagai jenama dari yang murah hinggalah yang mahal dengan satu motif kearah kecantikan terutama buat wanita. Namun pastikan setiap produk itu selamat digunakan tanpa ada kesan sampingan dimasa hadapan.

Petua kulit muka gebu dan cerah
Petua kulit muka gebu dan cerah

Selain rawatan moden , kita juga boleh mengamalkan cara lama atau tradisional untuk merawat wajah melalui petua orang dulu-dulu. Zaman dulu mana ada ubatan , spa dan lain-lain seperti sekarang. Jadi bahan semulajadi tanpa kimia adalah satu-satunya cara yang ada. Apa kata kita tengok petua dibawah. Mana tahu jika sesuai dan kena dengan caranya, wajah anda menjadi putih dan gebu.

Petua Kulit Muka Gebu Dan Cerah

1-Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.

2-Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

3-Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

4-Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.

5-Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.

6-Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Jadi antara diatas mungkin anda pernah mencubanya, kepada yang belum mencuba dan ingin memiliki kulit wajah yang gebu, apa lagi mulakan dari sekarang. Insyaallah jika diizinkan pasti berjaya dengan amalan Petua Kulit Muka Gebu Dan Cerah yang mudah, selamat dan berkesan.

(Visited 5,106 times, 3 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *