Home » Kesihatan » Apa Itu Indeks Jisim Tubuh Atau BMI

Apa Itu Indeks Jisim Tubuh Atau BMI

Apa Itu Indeks Jisim Tubuh Atau BMI. Pernahkah anda mendengar berkaitan BMI yang turut berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. BMI bermaksud Body Mass Index dimana digunakan untuk menilai berat badan dan ketinggian seseorang.

Body Mass Index
Body Mass Index

Formula Penggiraan BMI atau Indeks Jisim Tubuh

BMI =
Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)

Setelah anda membuat penggiraan berdasarkan formula diatas anda boleh merujuk klasifikasi dibawah untuk menilai tahap BMI anda. Adalah sesuai dengan tahap ketinggian dan berat badan anda.

Jika BMI anda (kg/m²) adalah Anda adalah
< 18.5 Kurang berat badan
18.5 – 24.9 Mempunyai berat badan unggul
25 – 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obesiti

Tahukah anda berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi. Namun ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mendapat berat badan yang sesuai. Antaranya melalui cara pemakanan yang sihat dan melakukan senaman fizikal.

Kurang berat badan juga boleh mengundang masalah kesihatan. Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Jadi jelas sudah , anda memerlukan berat badan yang ideal atau sesuai dengan tahap ketinggian dan berat badan.

 

(Visited 390 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *