Home » Kesihatan » Apa Itu Penyakit Kayap Serta Tandanya

Apa Itu Penyakit Kayap Serta Tandanya

Apa Itu Penyakit Kayap Serta Tandanya. Itu adalah persoalan yang perlu anda tahu berkaitan penyakit kulit ini. Ada berbagai jenis kayap dalam istilah orang melayu seperti kayap ular, api, bunga dan setompok. Apakah sebenarnya punca atau tanda penyakit kayap.

Penyakit Kayap

Apa itu penyakit kayap

Dalam istilah perubatan moden kayap dikenali sebagai Herpes Zoster yang merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Penyakit ini mula terjadi apabila daya tahan tubuh semakin lemah terutama apabila semakin berusia. Antara yang berisiko adalah pada usia 50 tahun kerana ketahanan sistem imun badan semakin berkurangan dan kelemahan sistem pertahanan dalam melawan penyakit.

Apakah Tanda Penyakit Kayap

Ada beberapa tanda awal apabila kayap mula menyerang. Antara gejala atau simptom kayap adalah
1. Rasa sakit serta kebas di bahagian urat saraf
2. Demam, Sakit kepala, Letih,lesu, Hilang selera makan
3. Badan rasa sengal-sengal dan bisa-bisa
4. Kulit rasa gatal-gatal serta timbul ruam panas
5. Kulit sakit bila disentuh
6. Timbul gelembong-gelembong air di kawasan tertentu kulit

Harus diingat bahawa penyakit kayap ini bukan sahaja menyerang kulit tetapi juga akan ada komplikasi kepada sistem saraf. Boleh keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru, usus, buah pinggang, hati dan sebagainya jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan segera.

Kayap yang tidak dirawat boleh mengakibatkan neuralgia pascaherpes (PHN) iaitu kesakitan saraf jangka panjang yang boleh berlanjutan.

Apakah ada rawatan khas untuk kayap ini. Menerusi beberapa bacaan, menurut Pusat Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit, pemvaksinan ialah satu-satunya cara mengurangkan risiko menghidap kayap dan rasa sakit jangka panjang berikutannya.

Selain dari pencegahan atau kawalan dengan vaksin mungkin juga ada cara tradisional rawat kayap atau petua yang boleh diamalkan dalam merawat atau paling tidak mengawal penyakit kayap ini. Jika ada sudi-sudi kongsikan di ruangan komen.

(Visited 67 times, 1 visits today)

Check Also

Tanda awal sakit buah pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang. Tahukah anda apa itu buah pinggang atau juga dikenali sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *