Home » Kesihatan » Bakar Lemak Dengan Makan

Bakar Lemak Dengan Makan

Bakar Lemak Dengan Makan. Semua orang risau akan lemak yang terkumpul dalam badan. Paling risau jika memberi kesan kepada masalah jantung. Tapi yang pentingkan kecantikan akan risau tentang kegemukan yang dihasilan oleh lemak. Tapi jangan stress sangat sampai takut hendak makan, ketahuilah bahawa makan itu untuk hidup. Jom makan sambil bakar lemak.

Bukan semua jenis makanan itu menghasilkan lemak jika tidak dikawal pemakanannya. Ada juga makanan yang membantu anda membakar lemak yang degil dalam tubuh. Teruskan membaca perkongsian dibawah jika hendak tahu. Sesuai untuk mereka yang dalam proses mengurangkan berat badan.

Bakar Lemak Dengan Makan

Epal
Kaya dengan antioksidan dan juga pekctin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita.

Cili
Unsur capsaicin yang ada di dalam cili termasuk cili hijau bantu membakar kalori dalam badan dengan cepat.

Salmon
Lemak Omega-3 bentuk DHA  (Docosahexaenoic acid) berupaya menurunkan berat badan, selain meningkatkan kesihatan otak.  Asid amino pada ikan ini juga membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.

Bawang putih
Allicin yang terdapat dalam bawang putih bukan saja sebagai antibakteria tapi juga mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam tubuh.

Teh Hijau
Keberkesanan teh ini untuk menurunkan berat badan memang sudah diperakui, Ia mengandungi antioksidan membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan lebih cepat minum dua cawan teh hijau sehari.

Coklat gelap
Mengandungi flavonoids yang berguna untuk mengurangkan kolesterol dan membakar lemak degil.

(Visited 96 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *