Home » Petua Dan Tips » Cara Atasi Masalah Peti Ais Berbau

Cara Atasi Masalah Peti Ais Berbau

Cara Atasi Masalah Peti Ais Berbau. Rasanya ramai yang menghadapi masalah ini. Terutama yang suka menyimpan makanan atau bahan mentah yang berbau dalam peti sejuk. Ada beberapa cara dan tips yang boleh anda amalkan untuk mengatasi masalah ini.

Cara Atasi Masalah Peti Ais Berbau
peti ais berbau

Cara pertama yang boleh mengatasi peti sejuk berbau adalah dengan menggunakan soda bikarbonat. Caranya adalah dengan membancuh soda tadi dengan air dan gunakan kain lap pada bahagian dalam peti ais.

Selain itu anda juga boleh mengunakan beberapa bahan yang mampu menyerap bau seperti roti, nenas dan arang. Caranya adalah dengan masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Jika menggunakan nanas pula dengan meletakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru. Jika menggunakan arang, sekadar letakkan beberapa ketul arang dalam peti ais.

Semoga perkongsian tips dan petua diatas mampu mengatasi masalah peti sejuk anda yang berbau. Cara paling bagus adalah kurangkan simpan bahan yang mudah rosak atau yang berbau kuat terutama durian 🙂

(Visited 181 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *