Home » Petua Dan Tips » Cara Hilangkan Kesan Mata Panda

Cara Hilangkan Kesan Mata Panda

Cara Hilangkan Kesan Mata Panda. Tahukah anda apa itu mata panda. Kalau anda kenal panda pasti anda dapat bayangkan warna hitam sekitar matanya. Begitu jugalah kepada kita manusia dimana ada kesan lebam dimata yang disebabkan oleh beberapa perkara.

kesan lebam dimata
kesan lebam dimata

Mata panda biasanya disebabkan anda kurang tidur. Kerap berjaga malam atau tidur lewat malam membuatkan mata anda menjadi penat sehingga akan menimbulkan lingkaran hitam pada mata. Itulah yang dikatakan atau dipanggil mata panda.

Ada beberapa tips dan cara yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan lingkaran hitam pada sekitar mata ini. Bertindak segera sebelum anda dipanggil panda oleh rakan-rakan.

Cara paling mudah untuk menghilangkan mata panda ialah dengan memakai concealer sebelum anda memakai mekap. Kira menutup kesan hitam itu dengan makeup.

Cara kedua dengan mengamalkan petua ini. Letakkan senduk dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 20 minit. Kemudian letakkan pada kawasan bawah mata yang menghitam. Biarkan sehingga suhu senduk kembali pada suhu normal. Kesejukkan pada senduk akan memberikan efek untuk menyegarkan mata.

Cara ketiga adalah dengan celupkan tuala lembut ke dalam air batu dan biarkan sehingga ais batu tersebut meresap di tuala. Gunakan tuala tadi untuk menekap di wajah. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, lakukan dua kali sehari, terutama sebelum anda tidur pada malam hari.

Jadi sekiranya anda mempunyai masalah kesan lebam dimata seperti panda, anda boleh mencuba cara dan petua diatas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

mata panda
mata panda
(Visited 213 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *