Home » Petua Dan Tips » Cara Hilangkan Panas Badan

Cara Hilangkan Panas Badan

Cara Hilangkan Panas Badan. Tahukah anda akan petua , tips atau cara untuk mengurangkan panas badan. Suhu badan banyak dipengaruhi oleh persekitaran atau mungkin kesan dari pemakanan.

cara hilangkan panas badan

Bila suhu badan panas akan menimbulkan rasa kurang selesa apa lagi bila mula berpeluh. Kalau demam pun suhu badan akan meningkat. Selain memakan ubat atau paling biasa meminum air cap badak, boleh juga cara atau petua dibawah.

Cara yang paling mudah adalah dengan minum banyak air kosong. Bila banyak minum air maka kita akan kerap buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan. Lagi pun meminum air kosong bagus untuk tubuh badan.

Anda juga boleh menggunakan buah-buahan seperti lemon, timun atau belimbing. Caranya adalah dengan meminum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula. Jika anda menggunakan belimbing, hanya perlu kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Sebelum minum tapis dahulu dan amalkan dua kali sehari. Meminum jus timun yang ditambah sedikit garam dan gula pada waktu pagi, petang dan malam.

Cara lain untuk menyejukan atau mengurangkan panas badan adalah dengan menggunakan daun pisang. Letakkan satu di atas lantai baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari.

Sapukan air asam jawa ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur. Boleh juga lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bawah ketiak serta dada.

Jika anda pengemar air kelapa juga boleh mencuba dengan menambah sesudu besar jintan manis. Anda harus biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan hari. Boleh amalkan seminggu sekali.

Semoga perkongsian cara hilangkan panas badan diatas dapat membantu anda mengatasi masalah suhu badan yang tinggi. Namun jika berlarutan silalah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Selamat mencuba.

(Visited 126 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Rambut Gugur

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan. Rambut dikatakan mahkota bagi wanita. Tidak kurang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *