Home » Petua Dan Tips » Cara Merawat Gout Yang Berkesan

Cara Merawat Gout Yang Berkesan

Rasanya ramai yang menghadapi masalah gout sama ada ringan atau pun teruk. Ada berbagai cara merawat gout yang berkesan sama ada dengan petua tradisional atau perubatan moden. Paling tidak selesa apabila menghidap penyakit ini adalah terpaksa berpantang dalam pemakanan seharian.

cara merawat gout

Apa Yang Di Maksudkan Dengan Penyakit Gout
Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan yang sering menyerang bahagian sendi terutama di kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin gutta.

Gout boleh dibahagikan kepada 4 peringkat atau jenis iaitu asimptomik, akut, interkritikal dan kronik. Banyak faktor yang menyebabkan penyakit gout mula menyerang. Antara faktor utama adalah seperti dibawah.

Faktor Atau Punca Yang Menyebabkan Gout
1. Dari segi jantina, lelaki lebih berisiko atau lebih ramai menghidapi gout berbanding wanita.
2. Gaya hidup yang tidak sihat juga antara puncanya terutama mereka yang mengamalkan minuman keras.
3. Obesiti harus dikawal kerana berat badan yang tidak sepatutnya mengundang masalah gout.
4. Penghidap penykit kencing manis, darah tinggi, diabetis dan berbagai lagi adalah antara yang berisiko.

Tanda Penyakit Gout
1. Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
2. Merasa sakit dibahagian sendi atau anggota tertentu apabila ada pergerakan.
3. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit.
4. Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.

Cara Merawat Gout Berkesan

Ada beberapa cara tradisional yang diamalkan sejak zaman dahulu dalam usaha mengubati gout. Gout dan penawarnya sentiasa diusahakan walaupun agar sukar untuk pulih sepenuhnya. Namun cara kampung atau tradisional juga adalah sebagai cara yang boleh dicuba sebagai ubat gout terbaik.

Mandi arang batu adalah salah satu cara merawat gout. Arang batu mampu menyerap asid urik. Jadi penghidap gout digalakkan mandi arang ini 1-3 kali seminggu. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mencampurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste dan letakkan paste ke dalam tab mandi dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.

Cara kedua adalah dengan mengamalkan memakan buah ceri. Pesakit gout adalah disyorkan untuk mengambil 15-20 biji ceri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, amalkan mengambilnya pada awal pagi. Buah ini bersifar antioksidan.

Amalkan memakan buah pisang. Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar asid urik kepada bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil. Pisang juga mengandungi jumlah Vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan.

Campurkan serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering dalam nisbah yang sama. Ambil 1 sudu dari campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2 kali setiap hari. Menggunakan halia juga salah satu cara yang boleh dicuba. Halia membantu melegakan kesakitan dan keradangan.

Diatas adalah sebahagian cara lama tradisional dalam merawat atau mengurangkan kesakitan akibat gout. Cubalah cara merawat gout ini selain dari usaha anda menggunakan perubatan moden.

Pantang Dalam Pemakanan Bagi pesakit Gout

Anda perlu menjaga pemakanan. Perlu banyak berpantang walaupun selera anda tidak tahan. Jika gagal risiko untuk masalah gout semakin teruk adalah tinggi. Dibawah adalah beberapa makanan yang tidak boleh atau perlu dikurangkan.
– Organ dalaman haiwan
– Ikan bilis, kembung, sardin
– Daging cincang
– Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
– Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
– Jenis sayuran seperti asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
– Jenis kacang seperti peanuts, lentil, beans dan peas

Semoga sedikit info berkaitan penyakit dan cara merawat gout secara tradisional dapat membantu anda.

(Visited 274 times, 1 visits today)

Check Also

petua buang angin dalam badan

Petua Buang Angin Dalam Badan Berkesan

Petua Buang Angin Dalam Badan. Tahukah anda apa itu angin dalam badan. Antara tandanya adalah┬áseperti …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *