Home » Petua Dan Tips » Cara Merawat Kayap Dengan Petua Tradisional

Cara Merawat Kayap Dengan Petua Tradisional

Anda ada masalah penyakit kulit iaitu kayap? Faktor usia memainkan peranan dimana mereka yang semakin berusia mudah menghidap penyakit ini. Ada berbagai cara merawat kayap yang diamalkan sejak zaman dahulu dengan beberapa petua tradisional.

Cara Merawat Kayap

Rawatan moden juga ada dalam meredakan kesakitan akibat kayap ini seperti dengan menyapu ubat potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air, ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Petua Tradisional Cara Merawat Kayap

Dibawah adalah petua tradisional yang sering diamalkan dalam usaha merawat penyakit kulit kayap atau paling meredakan kesakitan akibatnya.

Petua pertama adalah dengan menggunakan daun cili dan kapur makan. Caranya adalah dengan menumbuk atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan 1 hari dua kali pagi dan malam.

Selain itu boleh juga gunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daun serta airnya perahannya dan ditekap pada tempat yang terkena kayap dan bengkung semalaman. Cara lain adalah menggunakan daun delima ditumbuk lumat dan ditambah bedak sejuk. Tampal pada kawasan kayap.

Ambil pucuk daun bunga melur, pucuk daun delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuk dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kawasan terkena kayap. Ubi larut juga boleh digunakan dalam merawat kayap.

Diatas adalah penyedian secara tradisional atau sebagai salah satu cara merawat kayap. Jika masalah berlarutan dapatkan rawatan atau nasihat doktor yang lebih pakar.

(Visited 79 times, 5 visits today)

Check Also

petua buang angin dalam badan

Petua Buang Angin Dalam Badan Berkesan

Petua Buang Angin Dalam Badan. Tahukah anda apa itu angin dalam badan. Antara tandanya adalah┬áseperti …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *