Home » Petua Dan Tips » Cara Petua Hilangkan Batuk Bayi

Cara Petua Hilangkan Batuk Bayi

Batuk adalah tindak balas semulajadi dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran nafas jika terdapat gangguan dari luar. Tidak kira dewasa atau kanak-kanak pasti mengalami gejala batuk. Paling merisaukan dikalangan ibu bapa adalah batuk pada bayi. Maklumlah masih kecil. Jangan risau ada cara atau petua hilangkan batuk bayi.

cara petua hilangkan batuk bayi

Petua Hilangkan Batuk Bayi

Ada beberapa petua tradisional hilangkan batuk bayi atau kahak pada bayi. Cara ini adalah sebagai langkah alternatif selain anda berjumpa doktor untuk rawatan yang lebih lanjut. Banyak sahaja bahan semulajadi yang boleh digunakan di rumah anda.

Gunakan habbatus sauda dan minyak zaitun untuk menghilangkan batuk pada bayi. Caranya adalah dengan goreng biji habbatus sauda tanpa minyak kemudian baru tambah minyak zaitun. Hanya perlu sapukan ke dada anak atau bayi anda. Petua dan cara ini dapat melegakan batuk dan melancarkan pernafasan.

Memandikan bayi dengan air campuran buah lemon juga dapat membantu menyelesaikan masalah batuk anak. Caranya adalah dengan meletakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Petua ini dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

Antara bahan yang mempunyai antibiotik yang tinggi adalah kunyit. Banyak sahaja dirumah kita kan yang biasa digunakan dalam masakan. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak.Kunyit hidup rawat batuk bayi

Bawang putih tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Caranya bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak atau minyak zaitun. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasan.

Selain itu, jika bayi anda batuk tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi.

Untuk orang dewasa boleh cuba : Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat

Semoga petua hilangkan batuk bayi diatas dapat membantu anda melakukan rawatan awal atau sampingan ketika dirumah. Dapatkan juga nasihat doktor untuk rawatan yang sesuai untuk bayi anda.

(Visited 71 times, 1 visits today)

Check Also

petua buang angin dalam badan

Petua Buang Angin Dalam Badan Berkesan

Petua Buang Angin Dalam Badan. Tahukah anda apa itu angin dalam badan. Antara tandanya adalah┬áseperti …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *