Home » Petua Dan Tips » Cara Terbaik Menghilangkan Parut Jerawat

Cara Terbaik Menghilangkan Parut Jerawat

Cara Terbaik Menghilangkan Parut Jerawat. Kehadiran jerawat antara perkara normal namun sangat ditakuti oleh setiap orang yang mengharapkan kecantikan total pada wajah. Tidak boleh dinafikan jerawat boleh mendatangkan rasa trauma kepada mereka yang mengalaminya.

Namun banyak cara untuk merawat jerawat. Namun bila sudah hilang, kesan atau parut sedikit sebanyak pasti ada lagi. Ini antara satu perkara lagi yang boleh mendatangkan pening kepala untuk mengatasinya. Jangan risau, MySensasi.Com ada cara sesuai untuk anda cuba.

hilangkan kesan jerawat
hilangkan kesan jerawat

Gunakan Limau Nipis
Limau nipis memiliki banyak manfaat khususnya untuk kesihatan dan kecantikan wajah. Kandungan jeruk nipis mampu membersihkan sel-sel kulit mati serta mengurangi kadar minyak pada wajah.
Cara-caranya
Perah 1 atau 2 buah limau nipis
Sapu air perahan tersebut pada wajah terutama pada bahagian yang banyak bekas jerawatnya
Biarkan selama 15 minit kemudian bilas wajah dengan air bersih
Amalkan 2 – 3 kali dalam seminggu

Putih telur
Putih telur memang sangat berkesan untuk menjaga kecantikan wajah. Selain mengegangkan kulit, putih telur juga boleh menghilangkan kesan jerawat.

Bersihkan wajah kemudian ambil satu biji telur dan pisahkan dari kuning. Usapkan pada wajah.
Tunggu hingga kering selama 10-15 minit kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Lakukan 2 – 3 kali dalam seminggu

Lidah Buaya Merawat Kesan Jerawat
Kandungan dalam gel lidah buaya juga cukup efektif untuk membersihkan kulit wajah agar mampu menghilangkan kesan jerawat.

Bersihkan wajah dan guna lidah buaya yang belum layu.
Patahkan di bagian tengahnya kemudian picit hingga keluar gel
Usapkan gel tersebut ke wajah
Biarkan selama 10-15 minit
Bilas wajah dengan air bersih. Lakukan 2 – 3 kali dalam seminggu

Guna Minyak Zaitun Sebelum Tidur
Sebelum tidur, sapu minyak zaitun pada wajah.
Usap wajah anda secara perlahan selama 5 minit
Bilas wajah dengan air suam. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

(Visited 1,460 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *