Home » Gaya Hidup » Ciri Lelaki Pilihan Wanita

Ciri Lelaki Pilihan Wanita

Ciri Lelaki Pilihan Wanita. Sebenarnya perkara ini subjektif. Sukar diramal sebab ini melibatkan citarasa individu itu sendiri. Namun apa yang dikongsikan dibawah adalah sebahagian ciri yang memang dicari wanita selain dari lelaki soleh, sebab ini paling utama.

Antara ciri lelaki yang diminati wanita adalah pandai buat lawak, pandai memasak, suka bersukan, segak dan berani. Betul ke? Tepuk dada tanya diri sendiri sebab pandangan orang sentiasa berbeza.

Ciri Lelaki Pilihan Wanita
Lelaki pilihan wanita

Lelaki yang pandai membuat lawak antara lelaki pilihan wanita. Cuba tanya wanita betul atau tidak. Bukan apa, bila pandai melawak tentunya dapat menghiburkan hati dikala duka. Tapi jika terlampau lawak pun tak bagus juga, nanti silap-silap menambahkan sakit hati. Sekadar berpada-pada ikut situasi yang sesuai.

Lelaki pandai masak pasti ciri yang paling digemari wanita. Sekurang-kurangnya bila sudah kahwin bolehlah bertukar selera. Hari ini isteri masak, esoknya suami. Baru ada variasi dalam hidup. Paling tidak pun kalau suami lapar tengah malam, suruh je dia masak sendiri hehe.

Wanita suka lelaki bersukan kerana diyakini mempunyai kesihatan yang bagus dan sihat. Rata-rata sekarang ini kita lihat banyak lelaki yang berbadan sasa dan yang pasti ramai perempuan tertarik. Kebanyakkan yang lelaki yang suka bersukan ini stamina mereka tinggi, fizikal yang kuat dan tidak pernah mengeluh penat.

Siapa tidak suka akan kesegakan. Lelaki perlu segak sentiasa tidak kira dalam apa jua situasi. Bila segak dan kemas perempuan pun pandang dua tiga kali sebab nak kenal siapa anda. Kalau selekeh, ermmm faham-faham sudahlah.

Sifat berani harus ada di dalam setiap lelaki kerana itu merupakan salah satu kunci untuk menarik perhatian wanita. Wanita memerlukan lelaki yang berani kerana mudah untuk mereka berlindung di bawah jagaan kamu. Jika kamu seorang yang penakut, wanita sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada kamu bahawa si dia selamat atau tidak. Tapi jangan pula berani tak bertempat, itu dah macam samseng.

Diatas adalah antara ciri-ciri lelaki pilihan wanita. Banyak lagi ciri-ciri yang ada namun harus diingat setiap pandangan manusia itu berbeza-beza. Walaupun anda ada semua ciri diatas, kekadang wanita tetap akan cakap ” not my taste

(Visited 467 times, 1 visits today)

Check Also

rahsia lelaki

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui¬†Rahsia Lelaki¬†yang perlu anda tahu agar anda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *