Home » Petua Dan Tips » Contoh Soalan Temuduga

Contoh Soalan Temuduga

Contoh Soalan Temuduga. Bagi yang baharu habis belajar dan ingin mula memasuki alam pekerjaan, pasti sesi temuduga akan menjadi sesuatu yang perlu difikirkan. Mana tidaknya bukan perkara mudah untuk berdepan dengan penemuduga. Apa lagi kepala berpusing memikirkan apakah soalan yang akan ditanya.

Selain dari kelulusan yang dimiliki, kemahiran dan kemampuan memberikan jawapan yang menyakinkan akan mencerahkan peluang anda mendapat atau lulus dalam sesi temuduga. Banyak sahaja tips temuduga yang dikongsikan anda cuma perlu rajin mencari. Tips temuduga yang dikongsi bukanlah jaminan untuk berjaya tetapi sebagai panduan sebelum temuduga serta sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada anda.

Soalan Contoh Temuduga
Temuduga Kerja

Dibawah adala dikongsikan beberapa soalan yang sering ditanya ketika temuduga. Ini sekadar contoh soalan temuduga yang boleh anda jadikan panduan dan tidak semestinya sama seperti ketika temuduga sebenar.

-Cerita sedikit tentang diri anda.
-Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
-Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
-Apakah perkara yang dapat memotivasikan anda?
-Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
-Bagaimanakah anda menentukan atau menilai kejayaan?
-Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
-Apakah kelemahan-kelemahan anda?
-Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
-Mengapakah patut kami memilih anda?
-Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
-Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
-Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
-Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
-Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
-Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
-Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
-Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
-Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
-Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
-Adakah anda mempunyai keutamaan tempat atau lokasi anda bekerja? Mengapa?
-Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
-Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Semoga contoh soalan temudaga diatas dapat membantu anda dalam menghadapi sesi temuduga nanti. Semoga berjaya dalam sesi temuduga anda tidak kira swasta atau kerajaan.

(Visited 604 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *