Home » Gaya Hidup » Gaya Hidup Sihat Yang Perlu Diamalkan

Gaya Hidup Sihat Yang Perlu Diamalkan

Gaya Hidup Sihat Yang Perlu Diamalkan. Semua orang pasti mahukan kehidupan yang sihat. Pasti ramai akan setuju dengan kenyataan kesihatan lebih bernilai dari segalanya. Definisi gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Banyak perkara yang berkaitan dengan gaya hidup sihat , seperti yang dikongsikan dibawah walaupun hanya sebahagian.

Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Perkara pertama yang perlu ditekankan adalah menjaga pemakanan seharian. Kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

Melakukan aktiviti bersenam atau beriadah juga antara gaya hidup sihat yang perlu diamalkan secara rutin. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Penting untuk kita membuat pemeriksaan kesihatan secara berjadual. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.

Dalam hal-hal ini, kesedaran dari diri sendiri adalah perlu dalam usaha menerapkan nilai-nilai hidup sihat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda yang sudi membaca.

(Visited 230 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Berhenti Onani

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya. Tahukah anda apa itu onani? Onani menurut bahasa arab ialah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *