Home » Resepi Pilihan » Jenis Masakan Atau Resepi Ramadhan Popular

Jenis Masakan Atau Resepi Ramadhan Popular

Bila tiba bulan ramadhan atau bulan puasa sudah pasti berbagai juadah akan menjadi hidangan ketika berbuka puasa. Berbagai jenis masakan ada dijual terutama di bazar ramadhan. Begitu juga dengan tawaran yang dibuat oleh pihak yang menyediakan buffet. Tapi bagi yang rajin memasak kami kongsikan aneka jenis Resepi Ramadhan yang popular untuk anda.

Aneka resepi ramadhan

Dari jenis nasi, kuih muih sampailah kepada beraneka lauk pauk memang tidak terkira banyaknya. Cuma satu sahaja ingatan jangan jadikan bulan ramadhan sebagai satu pesta makanan serta membazir dengan membeli terlalu banyak ketika di bazar. Cukap sekadar apa yang perlu.

Jenis resepi Ramadhan

Berikut adalah beberapa jenis resepi Ramadhan yang boleh anda cuba dirumah. Lebih jimat dan sedap.

Resepi Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
3 tangkai daun sup
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak siakap kukus
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10 minit atau hingga masak. Kemudian tabur hirisan daun sup dan perah limau diatasnya.

Resepi Ikan keli Masak Berlada

Bahan-bahan
3 ~ 4 ekor ikan keli
10 biji cili merah siap dikisar
2 batang serai perlu dititik
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak keli masak berlada
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

Resepi Pajeri Nenas

Bahan-bahan
Rempah tumis iaitu Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak pajeri nenas
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukan serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. Selepas tu masukan pulak lada dan biji sawi. Siap sudah.

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak Mee Hailam
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayuran dan mee.

Resepi Mee Rebus

Bahan-bahan
1 paket mee kuning – celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh – celur
Sedikit daun sup – hiris nipis
Sedikit daun bawang – hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau – dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi – di belah dua
Telur rebus – belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah dikisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih dikisar
RM 3 udang kering dikisar
300gm udang hidup siap direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah siap direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasagaram secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air ikut yang perlu

Cara memasak Mee Rebus
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan ketika berbuka puasa.

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Kembong

Bahan-bahan
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak Gulai Tempoyak ikan kembong

1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Diatas adalah sebahagian dari jenis resepi ramadhan yang boleh anda cuba. Lauk pauk dan mee sesuai sebagai hidangan ketika berbuka dan boleh disimpan juga untuk hidangan ketika bersahur nanti. Masak sendiri lebih jimat, duitkan nak guna banyak semasa membuat persiapan hari raya.

(Visited 112 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *