Home » Kesihatan » Kebaikan Dan Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

Kebaikan Dan Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

Kebaikan Dan Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan. Tahukah anda apa itu Chia seed, bijiran yang hangat diperkatakan sekarang. Chia seed merupakan jenis biji-bijian kecil yang berasal dari tanaman Salvia hispanica L. Tanaman ini tumbuh di Meksiko dan Amerika Selatan.

Banyak diperkatakan tentang kebaikan dan khasiat serta kelebihan yang terdapat pada Chia Seed ini. Chia seed dipercayai memiliki beberapa manfaat kesihatan dan salah satunya adalah membantu dalam menurunkan berat badan. Ok, siapa yang rasa berat badan dah melampaui batas itu boleh cuba. Sifat Chia Seed yang mengembang apabila direndam dipercayai akan membuat si pemakan akan rasa lebih kenyang dan secara tidak langsung mengawal selera makan.

Kebaikan dan khasiat Chia Seed
Kebaikan dan khasiat Chia Seed

Dibawah disenaraikan beberapa Kebaikan Dan Khasiat Chia Seed

Kepada anda yang ingin sangat menurunkan berat badan adalah disarankan mengamalkan makan Chia Seed. Ini adalah kerana jumlah serat yang cukup tinggi di dalam chia seed dan kandungan kalorinya yang cukup rendah menjadikan bijiran ini dapat membantu menurunkan berat badan. Karena makanan yang mengandung serat tinggi umumnya dapat membantu dalam membuat perut merasa kenyang lebih lama.

Pengidap kencing manis atau diabetes juga boleh mencuba Chia Seed. Semua maklum makanan yang mengandungi serat mampu mengurangkan risiko diabetes dan masalah jantung. Ianya juga mampu mengawal kandungan gula dalam darah dan membuatkan kandungan gula sentiasa stabil.

Chia seed menjadi salah satu makanan yang dipercayai dapat membantu kesihatan dan kelancaran sistem pencernaan. Bijiran ini mampu mengeluarkan racun sisa metabolisme tubuh melalui feses dan empedu merupakan hal yang penting. Itulah mengapa buang air besar dan kecil secara teratur adalah penting. Oleh itu anda harus mempunyai sistem pencernaan yang lancar. Chia seed dapat membantu anda.

Biji chia Seed kaya dengan asid lemak omega 3. Dengan mempunyai hampir 5 gram Omega 3 dengan pengambilan 28 gram biji chia. Tahukah anda lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Kalsium berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang dan dapat mencegah osteoporosis. Chia Seed mengandungi kandungan kalsium yang boleh membantu anda mendapatkan keperluan kalsium untuk tubuh. Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

Jadi banyak kebaikan dan khasiat Chia Seed untuk tubuh badan dan kesihatan. Hendak kurus, kawal kencing manis, kesihatan jantung, jaga tulang dan gigi dan berbagai lagi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

(Visited 375 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *