Home » Gaya Hidup » Ketahui Fesyen Yang Lelaki Tidak Suka

Ketahui Fesyen Yang Lelaki Tidak Suka

Ketahui Fesyen Yang Lelaki Tidak Suka. Anda gadis atau wanita yang suka berfesyen mengikut trend terkini atau pun mengenakan fesyen yang mudah mengikut citarasa anda? Pastikan apa yang anda pakai tidak mendatangkan rasa kurang senang pasangan anda kerana lelaki ini kekadang pelik dan sukar diduga. Jadi berhati-hati ketika memakai pakaian pilihan anda. Tapi jika anda tidak kisah, abaikan sahaja entry ini.

Ketahui Fesyen Yang Lelaki Tidak Suka

Jangan sesekali mencuba pakaian berwarna neon walaupun cantik dimata anda, belum tentu cantik dimata pasangan anda. Selain itu seluar harem juga pasti sesuatu yang janggal untuk seorang gadis cantik untuk memakainya. Si jejaka pasti rasa tidak selesa jika bersama anda.

Elakkan juga memakai pakaian yang bersambung daripada bahagian atas hingga ke bawah atau lebih dikenali dengan Jumpsuit. Selain itu kekadang ada juga yang suka memakai boots. Yang rendah ada, yang tinggi sampai lutut pun ada. Kenapakah? Nanti lelaki ingat kaki anda berbau..hehe

Legging memang seronok dipakai namun lebih bagus tidak dipakai jika keluar bersama pasangan. Nampak seperti kurang menarik dengan gaya ketat, pakai sahaja dirumah. Bertudung sangat digalakkan kepada yang muslim, namun seeloknya kurangkan sangat fesyen pada tudung. Pakai sahaja yang seadanya untuk menutup aurat. Jangan sampai ada yang berfesyen sampai berlilit macam serban pula.

Mungkin perkara diatas nampak remeh, namun ianya ada betulnya. Tidak semua lelaki tidak suka, namun ambil jalan selamat, jaga penampilan anda dan jaga hati pasangan anda.

(Visited 168 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Berhenti Onani

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya. Tahukah anda apa itu onani? Onani menurut bahasa arab ialah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *