Home » Kesihatan » Ketahui Jenis Makanan Yang Menggemukkan

Ketahui Jenis Makanan Yang Menggemukkan

Ketahui Jenis Makanan Yang Menggemukkan. Apakah yang dimaksudkan dengan gemuk? Gemuk adalah berat badan yang lebih dari ukuran ideal. Untuk mengetahui ukuran yang ideal boleh cuba semak Body Mass Index ( BMI ). Antara cara untuk anda mengelakan masalah gemuk adalah dengan menjaga pemakanan. Paling tidak pun ketahuilah antara jenis makanan yang boleh menjadikan anda gemuk dengan segera, bukan tidak boleh makan, cuma kawal jumlah pemakanannya dan disertakan dengan senaman.

Jenis Makanan Yang Menggemukkan
Makanan Menggemukkan

Apakah makanan yang boleh menggemukkan anda?

Minuman berkarbonat. Memang sedap sebenarnya minum dengan berbagai jenama dan perisa. Namun tahukah anda bahawa minuman berkarbonat sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Minuman ini kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori. Sedap yang mendatangkan seksa dipenghujungnya.

Kopi segera. Harus diingat kepada pencinta kopi terutama kopi segera bahawa ianya juga antara yang mempau membuat anda gemuk. Secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak.

Aiskrim juga penyebab kegemukan. Aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Seeloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!

Selain tiga makanan diatas, mayonis juga mempunyai kandungan lemak didalamnya. Ambillah dalam kadar yang sedikit ketika menikmatinya, begitu juga dengan apa jua jenis makanan segera. Kandungan lemak dan kalorinya sangat tinggi.

Banyak lagi jenis makanan yang menggemukkan, diatas hanya sebahagian darinya.

(Visited 162 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *