Home » Gaya Hidup » Ketahui Punca Gigi Jadi Kuning

Ketahui Punca Gigi Jadi Kuning

Ketahui Punca Gigi Jadi Kuning. Tidak dinafikan ramai yang menghadapi masalah gigi kuning ini. Tidak kira peringkat umur dimana masalah ini adalah dari gaya hidup individu itu sendiri terutama dari segi pemakanan dan aktiviti kurang sihat lain.

punca gigi jadi kuning
punca gigi jadi kuning

Tahukah anda bahawa beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah gigi kuning dan kekadang sampai tahap berkarat. Apa kata anda baca perkongsian dibawah.

Punca utama adalah dari segi penjagaan gigi yang tidak baik. Tidak mengosok gigi dengan betul atau mengikut kadar yang disyorkan. Tidak mengambil berat akan jadual rawatan gigi yang ditetapkan oleh doktor.

Perokok tegar adalah punca gigi menjadi kuning. Kandungan kimia yang anda sedut membantu mengubah warna gigi. Jika merokok menjadikan gigi kuning, agak-agak anda apa pula kesan pada paru-paru. Fikir-fikirkanlah untuk berubah dan berhenti merokok.

Minuman juga memainkan peranan. Air kopi, teh, minuman berkabonat dan minuman yang mempunyai kadar pewarna yang tinggi adalah penyumbang kepada gigi kuning. Semua minuman tersebut mempunyai kandungan yang boleh memberikan kesan kepada warna gigi anda.

Faktor gigi tidak kekal putih adalah disebabkan proses semulajadi manusia. Proses penuaan juga akan melibatkan gigi.

Ada beberapa cara dan petua untuk merawat masalah gigi anda, rujuk PETUA PUTIHKAN GIGI KUNING BERKARAT.

(Visited 329 times, 2 visits today)

Check Also

Cara Berhenti Onani

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya. Tahukah anda apa itu onani? Onani menurut bahasa arab ialah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *