Home » Kesihatan » Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan. Buah-buahan memang mengandungi berbagai khasiat kepada tubuh badan manusia. Tidak hairanlah ramai yang mengamalkan memakan buah untuk diet yang sihat.

Akhir-akhir ini viral berkaitan buah bidara dilaman sosial facebook. Entah mengapa tiba-tiba buah ini menjadi sebutan jika hendak dibandingkan sebelum ini. Begitulah kuasa media sosial.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan

Tahukah anda yang buah bidara Buah bidara mempunyai kandungan yang baik bagi tubuh seperti vitamin A, C, lemak dan karoten. Banyak khasiat buah bidara mahupun daunnya untuk kesihatan dan lain-lain pengubatan terutama secara tradisional. Dibawah dikongsikan beberapa khasiat yang perlu anda tahu.

Buah bidara mengandungi banyak antioksidan yang mampu menghalang atau sebagai pelindung dari jangkitan penyakit bawaan terutama dari udara.

Buah bidara juga mampu mengatasi masalah penyakit pada mulut. Antaranya seperti gusi berdarah dan bibir pecah. Selain buah, daunnya juga boleh mengubati masalah pada mulut.

Daun buah bidara juga sangat mujarab dan digunakan dalam merawat berbagai penyakit dan untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya adalah seperti dibawah.

1- Daun bidara memiliki kandungan antiseptik yang tinggi sehingga sesuai digunakan untuk mengobati luka.
2- Sesuai untuk mengatasi masalah wanita seperti keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain.
3- Boleh merawat kesihatan tulang dan gigi kerana daun bidara mengandungi mineral yang tinggi.
4- Daun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati diabetes.

Itu adalah antara khasiat buah bidara dan daunya kepada manusia. Sememangnya buah-buahan adalah makanan yang sihat dan perlu diamalkan oleh semua orang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jika anda ada maklumat atau petua berguna berkaitan buah bidara boleh kongsikan diruang komen.

(Visited 251 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *