Home » Kesihatan » Khasiat Dan Kelebihan Limau Purut

Khasiat Dan Kelebihan Limau Purut

Khasiat Dan Kelebihan Limau Purut. Mesti ramai yang mengenali buah limau purut dimana banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam, asam pedas dan laksa. Sebenarnya banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan dari buah ini dalam kehidupan seharian.

Khasiat Dan Kelebihan Limau Purut
Khasiat Dan Kelebihan Limau Purut

Kelebihan Limau Purut
1. Tahukah anda bahawa Limau purut telah digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional. Daun dan buah limau purut juga telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.

2. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

3. Bagi yang mempunyai masalah gigi seperti gigi kuning dan masalah gusi, daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.

4. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala. Ada yang limau purut sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.

5. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.

6. Minyaknya limau purut dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri dan kecantikan.

7. Limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

(Visited 1,967 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …