Home » Kesihatan » Khasiat Halia Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat Halia Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat Halia Yang Perlu Anda Tahu. Halia biasanya banyak digunakan dalam masakan terutama masakan tradisional orang melayu. Biasa juga ada yang dicampur dalam minuman. Tahukah anda halia mempunyai banyak khasiat. Dibawah adalah beberapa khasiat halia.

Khasiat Halia
Khasiat Halia

Halia dapat meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik. Halia merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien. Selain itu, halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan.

Halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan menghilangkan kahak kerana ia adalah bahan  semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas atau batuk.

Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak. Secara tidak langsung, halia sebenarnya mampu meningkatkan sistem imunisasi.

Halia juga adalah bahan yang digunakan untuk merawat demam dan selsema secara semula jadi.  Petua untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

Halia juga digunakan dalam petua tradisional dalam merawat panau serta mengurangkan masalah senggugut ketika haid bagi wanita.

(Visited 202 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *