Home » Petua Dan Tips » Kurangkan Berat Badan Dengan Diet Yang Sihat

Kurangkan Berat Badan Dengan Diet Yang Sihat

Kurangkan Berat Badan Dengan Diet Yang Sihat. Banyak tips yang boleh membantu anda mengatasi berat badan berlebihan. Bukan senang nak kurus dan bukan susah nak gemuk. Namun semua bergantung kepada kemahuan anda sendiri. Sebenarnya masalah berat badan ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup terutama pemakanan anda.

Kalau makan macam tak ingat dunia, jangan bermimpi hendak slim. Namun jika makan jaga, buat senaman dan jalani kehidupan secara sihat anda pasti boleh. Apa yang penting amalkan diet yang sihat, bukan diet yang menyiksa diri sendiri. Dibawah ada beberapa tips sihat yang mudah anda amalkan semasa berdiet.

Cara Kurangkan Berat Badan
diet sihat kawal berat badan

Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
• Jangan melangkau waktu makan

• Banyakkan meminum air kosong

• Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.

•Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.

• Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.

• Catitkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.

Amalkan tips diet sihat diatas , insyaallah anda mampu mencapai impian memiliki berat badan ideal atau BMI yang sesuai untuk anda. selamat mencuba.

(Visited 171 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

One comment

  1. Kalau bole konsisten buat seperti yg tersenarai tu, mmg boleh slim 🙂 satu cara nk ingtkan diri kita supaya kawal mkn ialah selalulah ingt blk kenapa kita nk kurus!!! Selamat mencuba.

    Jemput singgah
    http://www.mamaolin.blogspot.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *