Home » Gaya Hidup » Makanan Apakah Yang Perlu Dihindari Ketika Stress

Makanan Apakah Yang Perlu Dihindari Ketika Stress

Makanan Apakah Yang Perlu Dihindari Ketika Stress. Semua orang ada masalah yang kekadang datang tanpa diduga. Bila tidak mampu hendak kawal mulalah timbul tekanan atau stress tahap gaban. Tahukah anda stress tidak bagus untuk kesihatan hidup. Kalau biar lama-lama boleh jadi gila.

Makanan Apakah Yang Perlu Dihindari Ketika Stress

Salah satu perkara yang boleh membantu mengurangkan stress adalah dengan menjaga pemakanan atau menghindari makanan tertentu. Teruskan membaca perkongsian dibawah.

Minuman yang mempunyai kafein yang tinggi haruslah dielakkan ketika stress. Jangan bila ada masalah memanjang minum minuman bertenaga. Bila makin bertenaga semakin menjadi stress anda nanti. Juga minuman seperti kopi. Kopi tinggi dengan kafein akan membuat anda terus berjaga sehingga sukar untuk melelapkan mata. Tahukah anda kopi seperti vanilla latte atau mocha yang mengandungi sirup manis dan espresso meningkatkan stress.

Tahukah anda bahawa makanan manis boleh meningkatkan kadar insulin dan menaikkan gula dalam darah sehingga merangsang nafsu anda untuk makan dan makan lagi. Setelah makanan habis, anda akan kembali dibebani stress. Ini bermakna anda hanya lupakan masalah bila makan, habis makan kembali sasau dengan stress. Berulang kali makan nanti terus obesiti, tengok cermin tambah lagi satu masalah, stress lagi.

Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam dapat meningkatkan tingkat kortisol iaitu hormon yang menjadikan anda stress. Makanan segera seperti sosej, nugget atau kerepek banyak mengandungi sodium, lemak dan zat aditif yang turut menambahkan rasa stress.

Stress akan menjadi semakin tinggi apabila anda mengambil makanan yang pedas. Ini kerana semasa stress sistem penghadaman akan terganggu. Ini kerana iainya akan mengeluarkan gas yang membuat perut anda berasa tidak selesa. Stress dapat sakit perut pun dapat. Double stress.

Anda telah pun mengetahui Makanan Apakah Yang Perlu Dihindari Ketika Stress, jadi untuk mengetahui apakah tanda anda sedang stress tengok sahaja di pautan TANDA ANDA SEDANG STRESS

Tahukah anda, senaman juga boleh mengurangkan stress ?
Senaman Ringkas
Klik pautan untuk ketahui cara senaman ringkas.

(Visited 160 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Berhenti Onani

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya. Tahukah anda apa itu onani? Onani menurut bahasa arab ialah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *