Home » Kesihatan » Makanan Terbaik Ketika Bersahur Di Bulan Ramadhan

Makanan Terbaik Ketika Bersahur Di Bulan Ramadhan

Menu Makanan Terbaik Ketika Bersahur. Bila tiba bulan ramadhan saat yang paling penting adalah bersahur. Jangan tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air. Banyak kelebihan yang ada pada sahur. Menjaga kesihatan itu perlu tidak kira dalam apa juga waktu.

Makanan Terbaik Ketika bersahur

Dari segi lain pula, sahur membolehkan kita mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa disiang hari. Jadi untuk mengelakkan badan berasa tidak bertenaga sepanjang bulan Ramadan anda perlu mengambil makanan yang memberi tenaga yang cukup dan berkhasiat.

Apakah Makanan Terbaik Ketika Bersahur

Dibawah dikongsikan beberapa jenis makanan terbaik dan berkhasiat yang boleh diambil ketika bersahur.

Roti Serat
Kandungan serat dalam roti adalah salah satu jenis bentuk karbohidrat yang mudah diserap oleh tubuh dan organ saluran pencernaan. Kandungan yang ada dalam roti dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan.

Jus Susu Kurma
Boleh dijadikan minuman ketika sahur mahu pun waktu berbuka. Kisarkan kurma yang telah direndam di dalam air panas bersama setengah kotak susu segar dan beberapa ketul ais. Kurma dan susu adalah makanan yang mempunyai berbagai khasiat dan memberikan kesegaran.

Madu
Dengan mengamalkan makan atau minum madu akan dapat memberikan tenaga melalui kandungan karbohidrat yang terdapat di dalamnya. Air madu bersama perahan lemon juga dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.

Oat
Anda boleh makan oat bersama susu rendah lemak, hirisan kurma dan madu semasa sahur. Kandungan yang ada dalam oat dapat memberikan tenaga sepanjang hari.

Telur
Memakan telur ketika bersahur akan memberikan rasa kenyang yang panjang. Ini adalah kerana telur mengandungi protein sebanyak 6 gram.

Ikan
Ikan berlemak seperti salmon, tuna, makarel, dan sardin mengandung omega-3 yang sangat tinggi. Bukan hanya mengenyangkan perut tetapi juga menurunkan tingkat kolesterol dalam darah serta melancarkan proses metabolisme.

Kurma
Kurma memiliki kandungan serat tinggi yang sangat baik bagi kesihatan pencernaan. Kurma boleh memberi tenaga yang cukup untuk menahan lapar dan membuat terhindar dari sembelit.

Diatas adalah sebahagian menu atau makanan terbaik ketika bersahur. Banyak lagi makanan yang boleh dijadikan hidangan mengikut selera dan kesesuaian anda. Apa yang penting setiap makanan itu mampu memberikan anda tenaga untuk berpuasa disiang hari.

(Visited 105 times, 2 visits today)

Check Also

Tanda awal sakit buah pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang. Tahukah anda apa itu buah pinggang atau juga dikenali sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *