Home » Kesihatan » Makanan Wajib Untuk Wanita Berumur 40 Tahun

Makanan Wajib Untuk Wanita Berumur 40 Tahun

Makanan Wajib Untuk Wanita Berumur 40 Tahun. Memasuki usia 40 an adalah waktu yang sangat penting untuk kita menjaga pemakanan. Silap langkah berbagai penyakit mula menyapa bertanya khabar. Ada beberapa makanan yang dapat membantu anda meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.

Makanan Wajib Untuk Wanita

Tahukah anda bahawa ikan salmon, mackerel, tuna, sardin dan herring mempunyai kandungan omega-3 yang berfungsi menurunkan tekanan darah tinggi dan risiko arrhythmia atau dalam bahasa melayunya degupan jantung tidak teratur. Jadi amalkanlah memakan ikan yang tinggi kandungan omega 3.

Jika memasak sayuran, jangan lupa tomato. Tomato berfungsi melindungi pembuluh darah dari penggumpalan. Baik mentah atau dimasak, tomato adalah salah satu makanan wajib diambil untuk anda yang berusia 40-an.

Amalkan pengambilan Oat kerana ia mengandungi serat yang mampu menurunkan kadar kolesterol jahat. Selain itu, oat juga memiliki antioksidan unik yang mencegah pembentukan plak dalam dinding arteri.

Anda juga digalakkan meminum susu untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Susu juga menghalang penurunan massa otot, terutama jika usia memasuki 50 tahun nanti. Selain itu, mengamalkan minuman soya juga dapat meningkatkan kepadatan tulang pada wanita menopaus dan memperbaiki kesuburan lelaki. Jagi jangan lupa minum susu dan soya selalu.

(Visited 194 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *