Home » Kesihatan » Minuman Untuk Pengidap Kencing Manis

Minuman Untuk Pengidap Kencing Manis

Bila sebut kencing manis apa yang anda faham tentang penyakit kronik ini. Ramai dikalangan rakyat Malaysia mengidap penyakit ini. Bukan sahaja pada peringkat usia tua tetapi ada juga yang muda. Faktor pemakanan kita antara punca. Selain makanan, minuman juga menjadi penyebab. Namun ada minuman untuk pengidap kencing manis yang sesuai untuk mengawal kandungan gula dalam darah.

Minuman Untuk Pengidap Kencing Manis
Kawal Diabetis atau kencing manis menerusi pemakanan dan minuman berkhasiat

Dahulu pada zaman kanak-kanak, bila sebut kencing manis pasti ramai yang membayangkan air kencing menjadi manis akibat terlalu banyak minum air yang manis. Ada juga kisah seperti jika kau minum air manis nanti kencing kena hurung dengan semut. Itu anggapan zaman kanak-kanak. Sebelum kita kongsikan minuman untuk pengidap kencing manis apa kata kita ketahui dahulu serba ringkas tentang penyakit berbahaya ini.

Apa Itu Kencing Manis
Tahukah anda bahawa penyakit kencing manis adalah sejenis penyakit yang dapat dicirikan keadaan tinggi kandungan glukosa dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan oleh penghidapnya. Kencing manis juga dikenali dengan nama diabetes mellitus.

Tanda Penyakit Kencing Manis
Ada beberapa tanda atau gejala jelas atau tanda awal bila seseorang itu mula mengidap penyakit kencing manis. Antara tandanya adalah penurunan berat badan, kerap buang air kecil, kerap merasa dahaga dan mudah merasa lapar. Selain itu penglihatan kabur, sakit kepala, keletihan, luka lambat sembuh dan kulit gatal adalah antara tanda juga.

Cara Mencegah Kencing Manis
Pengajagaan makanan adalah antara langkah terpenting dalam usaha mencegah penyakit diabetis atau kencing manis ini. Berusaha mengekalkan berat badan yang normal, membuat aktiviti fizikal dan memakan diet yang sihat. Tahukah anda tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi dapat mengurangkan risiko kencing manis. Kawal kandungan gula dalam darah menerusi minuman yang sesuai. Ada beberapa jenis minuman yang sesuai untuk mereka yang telah mengidap atau yang mahu mencegah.

Minuman Untuk Pengidap Kencing Manis

Dibawah adalah sebahagian jus minuman yang dibuat dari buah-buahan yang mempunyai khasiat yang dapat mengawal penyakit kencing manis. Anda boleh cuba dengan menjadikan minuman ini sebagai minuman sihat anda. Tidak dapat hari-hari pun seminggu sekali sudah cukup bagi mereka yang masih sihat.

Just Buah Kiwi
Jus Buah Kiwi mampu mengurangkan kadar gula dalam darah

Jus Buah kiwi mengandungi vitamin C, E dan A, flɑvonoid dan berbagai mineral yg mampu mencegah diɑbetes. Tahukah anda vitamin dalam buah kiwi memberikan perlindungan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Buah ini juga mengandungi kadar serat yang tinggi untuk membantu mengawal kadar gula dalam darɑh serta menurunkan kolesterol.

Jus Epal memiliki kandungan tinggi serat, vitamin C dan antioksidan. Epal mengandungi pektin yang ditemukan pada kulit dan pulpa dimana ianya mengandungi asam galɑcturonic yang telah terbukti untuk menurunkan kadar insulin pesɑkit diabetes hingga 35%. Jadi kenapa tidak anda memakan epal setiap hari?

Jus buah naga turut kaya dengan betacyanin antioksidɑn yang dapat mencegah stress agresif dan diabetes. Kadar antioksidan buah naga juga dapat mengawal kandungan gula dalam darah.

Diatas adalah sebahagian dari buah-buah yang boleh dijadikan jus minuman untuk pengidap kencing manis. Tidak perlu ditambah gula cukup sekadar meminum jus yang original dengan rasa manis-manis buah. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat. Jika anda ada cara mencegah kencing manis yang lain atau lebih berkesan boleh kongsikan diruangan komen.

(Visited 81 times, 1 visits today)

Check Also

Tanda awal sakit buah pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang. Tahukah anda apa itu buah pinggang atau juga dikenali sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *