Home » Gaya Hidup » Mutiara Kata Pilihan 2017

Mutiara Kata Pilihan 2017

Mutiara Kata Pilihan 2017. Apa itu mutiara kata?. Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati. Keindahan kata-kata itu turut  memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yang menjiwai maksud yang tersirat.

Biasanya mutiara kata ini serangkap kata-kata yang ringkas tetapi padat isi dan maknanya. Berbagai jenis mutiara kata yang boleh kita dapati. Banyak yang berkaitan dengan kehidupan seperti motivasi, islam, lucu, cinta dan banyak lagi.

mutiara kata pilihan 2017
mutiara kata pilihan 2017

Dibawah kami kongsikan beberapa petikan mutiara kata pilihan 2017 untuk tatapan anda.

Terkadang lebih baik mengalah bukan kerana kamu salah, tetapi kerana dengan mengalah kamu tidak kehilangan dia yang kamu cinta.

Terkadang menangis hanya membuat matamu setingkat lebih jernih sebelum melihat kebahagiaan.

Terlalu berharap akan menyakitimu namun itu bukan alasan untuk menyesali diri sendiri. Ingat sahabat selalu ada untukmu.

Tidak perlu memfokuskan untuk memikirkan orang yang membenci kita kerana masih banyak orang yang menyayangi kita.

Tuhan mengirim seseorang dalam hidupmu untuk sebuah alasan, baik untuk belajar darinya atau untuk menjalani hidup ini bersamanya.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah untuk menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Cinta datang dengan pengorbanan yang akan memberikan petunjuk siapa diri kita yang sebenarnya.

Wanita adalah buah karya terindah Sang Pencipta maka perlakukanlah mereka dengan penuh kelembutan, keimanan, dan cinta.

Kecantikan bukanlah untuk dipertontonkan kerana ia adalah hadiah yang harus dijaga harta yang harus di investasikan dan jiwa yang harus ditanam untuk seorang yang akan menjadi cinta sejati kita.

Cinta begitu lembut dan merdu namun jangan kau gunakan untuk merayu. Karena rayuan hanyalah akan mengosongkan makna kecintaan yang sesungguhnya.

Semoga perkongsian diatas mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada anda. Begitu banyak lagi mutiara kata pilihan yang ada. Apa yang ditulis diatas hanya secebis dari jutaan mutiara kata yang ada. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

(Visited 69 times, 1 visits today)

Check Also

rahsia lelaki

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui Rahsia Lelaki yang perlu anda tahu agar anda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *