Home » Gaya Hidup » Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Doa Berbuka

Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Doa Berbuka

Bulan ramadhan adalah bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam. Pada masa inilah segala amal ibadat akan dilipat gandakan. Namun harus diingat segala amalan haruslah ikhlas. Disini kami akan kongsikan niat puasa bulan ramadhan dan juga doa berbuka puasa.

Niat Puasa bulan ramadhan
Niat Puasa bulan ramadhan

Puasa bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dilakukan oleh umat islam yang menepati syarat dan telah diketahui dengan pasti bahawa puasa Ramadhan adalah sebahagian dari agama.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Dibawah adalah bacaan atau lafaz niat puasa di bulan ramadhan untuk sebulan dan harian.

Niat puasa ramadhan sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillaahi ta’aalaa
“Aku niat berpuasa selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala”

Niat puasa ramadhan harian
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

Nawaitu saumagadin an’adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita’ala

“Aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban puasa pada bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala”.

Doa Berbuka Puasa Ramadhan

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

ALLAAHUMMA LAKASUMTU WABIKA AAMANTU WA’ALAA RIZQIKA AFTHORTU BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIIN

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Keistimewaan Bulan Ramadhan
1. Telah diturunkannya Al-Qur’an di dalam bulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia dari kegelapan menuju cahaya. Dengan kitab ini, Allah memperlihatkan kepada mereka kebenaran (al-haq) dari kebatilan.

2. Pada bulan ini pahala setiap amalan berlipat kali ganda. Inilah masa untuk kita memperbanyakan amal ibadat. Namun sebaiknya diteruskan selepas ramadhan juga.

3. Terbukanya pintu syurga seperti disebut dalam hadis
Saat bulan ramadhan tiba, dimana pada bulan tersebut pintu-pintu syurga di buka selebar-lebarnya, hal ini seperti sabdan Rasulullah “ Jika datang Ramadhan, makan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syetan dibelenggu” HR.Muslim

4. Ramadhan adalah bulan ketakwaan mulai dari menahan haus dan lapar hingga menahan hawa nafsu yang sifatnya memuaskan hawa nafsu.

5. Pada 10 malam terakhir di bulan Ramahdan terdapat satu malam Lailatul Qadra, malam in adalah malam yang lebih baik dari 1000 malam.

Begitu banyak keistimewaan bulan ramadhan ini. Jadi ianya memang dirindui oleh umat islam seluruh dunia. Semoga perkongsian niat puasa bulan ramadhan, doa berbuka puasa diatas dapat membantu anda. Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa bangun sahur dan lafazkan niat puasa bulan ramadhan.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Check Also

Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Anda telah jatuh cinta pada seseorang? Apakah tanda anda telah jatuh cinta. Mesti ada sesuatu …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *