Home » Petua Dan Tips » Petua Buang Angin Dalam Badan Berkesan

Petua Buang Angin Dalam Badan Berkesan

Petua Buang Angin Dalam Badan. Tahukah anda apa itu angin dalam badan. Antara tandanya adalah seperti kembung, badan lemah, rasa loya dan berbagai lagi.

petua buang angin dalam badan

Jika anda ada masalah angin dalam badan bolehlah mencuba cara atau petua yang dikongsikan dibawah.

Sejak zaman berzaman halia telah menjadi sebahagian dari bahan yang digunakan untuk membuang angin dalam badan. Banyak minuman yang berasaskan halia yang boleh anda cuba. Salah satu adalah teh halia atau buat sahaja jus halia dengan memasak halia sekali dalam rebusan air. Cara ini lebih selamat berbanding anda mengunakan ubatan moden.

Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mrengusir angin dalam badan dengan cepat. Dengan memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan. Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokannya.

Bila badan rasa kurang selesa atau tidak bermaya makan sahaja sup yang panas. Tidak kiralah sup apa daging, ayam, sayur janji berkuah dan panas. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebabkan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.

Minum air daun betik. Walaupun pahit tetapi khasiatnya sangat baik sebagai salah satu cara buang angin dalam badan. Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Biarkan air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam.

Kurang bersenam atau melakukan pergerakan fizikal adalah antara salah satu punca angin dalam badan. Kurang bergerak akan membuatkan badan menjadi lesu. Lakukanan senaman fizikal yang mudah dan ringkas sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.

Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin C. Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah. Buah-buahan adalah antara makanan yang mengandungi banyak vitamin C.

Diatas adalah sebahagian dari cara atau petua buang angin dalam badan yang boleh anda amalkan. Kekal sihat dengan amalan kesihatan yang baik.

(Visited 157 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *