Home » Petua Dan Tips » Petua Cara Berhenti Merokok Yang Berkesan

Petua Cara Berhenti Merokok Yang Berkesan

Petua Cara Berhenti Merokok Yang Berkesan. Memang ramai perokok tegar di Malaysia ini. Kalau tidak mana mungkin jualan berjuta setiap hari. Ini tidak termasuk rokok seludup. Dimana seronoknya merokok ini?

petua Cara berhenti merokok

Walaupun berbagai kempen dibuat, masih ramai malah akan bertambah setiap hari perokok baru. Dalam islam telah dinyatakan merokok itu haram kerana merosakan diri sendiri. Tetapi rasanya pasti ada yang menyimpan hasrat untuk berhenti merokok.

Berbagai cara boleh dilakukan untuk berhenti dari ketagihan rokok sama ada dengan cara semulajadi atau moden melalui nasihat pakar atau doktor. Kalau tidak dapat berhenti terus pun sekurang-kurangnya dalam mengurangkan tabiat buruk merokok, apa lagi jenis yang suka merokok ditempat awam. Sangat merimaskan sebenarnya bagi yang bukan perokok serta menjejaskan kesihatan orang lain.

Dibawah dikongsikan beberapa tips atau petua cara berhenti merokok yang berkesan. Apa yang anda perlukan selain mengamalkan adalah niat hati itu perlu kuat dan nekad untuk berhenti. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam memang tidak menjadilah.

Langkah pertama terutama kepada yang beragama islam adalah berdoa. Mohonlah doa kepada Allah setiap kali solat agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Doa itu kan senjata orang mukmin, apa lagi jika niat itu kearah sesuatu yang lebih baik. Insyaallah pasti dipermudahkan.

Tips kedua adalah melengah-lengahkan mengambil rokok bila ada rasa ingin merokok. Kalau boleh letak rokok jauh-jauh dari anda. Bila capai rokok itu lambatkan membakar. Lama-lama anda akan rasa tidak akan ada keinginan bila diamalkan selalu.

Bila terasa hendak merokok je tarik nafas panjang-panjang seberapa banyak yang boleh secara perlahan-lahan. Cuba lupakan tentang rokok. Selepas itu cuba buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Seperti bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, berkebun dan sebagainya.

Amalkan meminum air suam atau mineral dengan banyak. Elakkan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya. Boleh juga amalkan mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah atau makanan seperti lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula. Benda manis ini memang akan mengalakan anda merokok semula.

kopi tingkatkan keinginan merokok
Kopi mengandungi kafein dimana akan menggalakkan keinginan untuk merokok

Jika anda keinginan untuk merokok terus sahaja mandi atau basuh tangan anda. Basahkan muka juga boleh. Jika mengantuk sebab tidak merokok hanya perlu lakukan senaman reganggan.

Diatas adalah sebahagian tips dan cara petua berhenti merokok yang berkesan secara semulajadi yang boleh anda amalkan. Lakukan dengan nekad dan katakan pada diri sendiri tidak mahu merokok. Buat bersungguh-sungguh pasti berjaya. Hidup sihat tanpa rokok.

(Visited 34 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Histats.com © 2005-2014 Privacy