Home » Petua Dan Tips » Petua Cara Menghilangkan Jerawat Yang Berkesan

Petua Cara Menghilangkan Jerawat Yang Berkesan

Petua Cara menghilangkan Jerawat Yang Berkesan. Jerawat adalah masalah kulit yang sering dialami oleh setiap individu. Sebelum itu anda perlu tahu apa itu jerawat dan puncanya. Jika sudah tahu baru mudah untuk anda merawat dengan berbagai perubatan moden dan tradisonal melalui berbagai cara dan petua.

Petua Cara menghilangkan Jerawat

Jenis-jenis Jerawat

Sebelum kita mengetahui cara menghilangkan jerawat kita kenali dulu jenis jerawat yang biasa terjadi pada kulit atau wajah. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya jerawat. Antara jenis jerawat adalah;

1. Jerawat Biasa
Sudah pasti ramai yang menghadapi masalah jerawat jenis ini. Jerawat biasa berbentuk kecil dan berwana putih kemerahan. Jerawat ini timbul adalah disebabkan pori-pori pada wajah tersumbat dan kesan dari bakteria propionibacterium acne.

2. Jerawat Batu
Jerawat batu berwarna lebih merah dan meradang. Jika terus dibiarkan tanpa rawatan jerawat batu akan meninggalkan kesan yang susah dihilangkan. Jerawat batu atau yang sering disebut juga Cystic Acne.

3. Jerawat Komedo
Jerawat ini disebabkan oleh sel-sel kulit matti dan sekresi kelenjar minyak yang berlebih.

4. Jerawat Juvenil
Timbul akibat masalah hormon yang belum stabil terutama kepada remaja berumur 12 hingga 20 tahun.

5. Jerawat Vulgaris
Jerawat ini terjadi disebabkan kerana minyak berlebihan pada wajah, perubahan hormon, produk kosmetik serta kulit mati.

6. Jerawat Rosacea
Sering berlaku kepada wanita yang berumur antara 30 hingga 50 tahun. Bersifat kemerahan dan boleh menimbulkan kesan bersisik sekitar hidung.

7. Jerawat Nitrosica
Jenis ini harus dirawat dengan segera jika dibiarkan akan meninggalkan kesan lubang pada wajah.

Cara Tradisional Merawat Masalah Jerawat

Sejak zaman berzaman berbagai cara digunakan untuk merawat jerawat atau kesan parut jerawat dengan berbagai bahan semulajadi secara tradisional. Keberkesanan setiap rawatan atau petua bergantung kepada jenis kulit, keserasian dan kekerapan amalan dibuat.

Disini dikongsikan beberapa petua cara hilangkan jerawat yang boleh dicuba.

Lemon Boleh hilangkan jerawat

Cara menghilangkan jerawat berkesan yang pertama adalah dengan menggunakan buah lemon. Lemon sangat baik jika digunakan untuk merawat jerawat kerana mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi. Caranya adalah dengan menyediakan 1 atau 2 biji buah lemon segar. Perah lemon dan letakan jus lemon pada muka yang berjerawat. Lakukan ini secara rutin saat malam menjelang tidur untuk kesan cepat. Boleh juga menggunakan limau nipis kerana turut mengandungi vitamin C yang tinggi.

bawang putih

Bawang putih juga mengandungi sulfur yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Caranya adalah dengan mengambil bawang putih dan potong 1 ulas bawang putih menjadi 2 bahagian. Gosokan bawang putih yang telah dipotong pada jerawat dan biarkan selama 5-10 minit kemudian cucilah wajah menggunakan air bersih.

tomato

Anda juga boleh mencuba petua merawat jerawat dengan buah tomato. Caranya adalah dengan menyediakan 1 biji buah tomato yang masak kemerahan. Potong buah tomato menjadi kepingan nipis-nipis. Tutup kawasan jerawat dengan hirisan tomato tersebut selama 10 minit.

madu

Tidak dinafikan bahawa madu lebah mempunyai berbagai khasiat pada manusia. Salah satu adalah untuk merawat jerawat. Siapkan madu asli kemudian saoukan pada jerawat menggunakan kapas. Biarkan dalam 30 minit sebelum bersihkan wajah dengan air yang bersih. Lakukan secara kerap untuk hasil yang baik.

ais batu

Tahukah anda bahawa ais batu boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat kerana ia mampu membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan sekitar jerawat secara tidak langsung membantu mengecilkan liang-liang pada kulit, membunuh bakteria jerawat, menghilangkan kotoran pada kulit dan menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Bungkus ais batu menggunakan kain yang bersih dan letakkan pada kawasan wajah yang berjerawat secara merata. Biarkan beberapa minit. Lakukanan sekerap yang mungkin hingga ais cair.

Diatas adalah sebahagian petua cara hilangkan jerawat pada kulit wajah. Lakukan secara kerap atau rutin untuk hasil yang baik. Selamat mencuba.

Tips Mencegah Jerawat

Anda pasti biasa mendengar orang berkata, mencegah lebih baik dari merawat. Disini ada dikongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan.
– Kepada pengguna alat solekan atau kosmetik pastikan produk yang anda guna itu sesuai atau selamat untuk kulit wajah anda. Jangan sesekali menggunakan produk sekadar untuk mencuba sahaja. Nanti mahu kelihatan cantik terus wajah penuh dengan jerawat.
– Jaga tidur anda terutama tidur untuk waktu malam. Jangan amalkan tidur lewat dan tidak menentu. Waktu tidur adalah waktu untuk anggota badan berehat termasuk juga kulit anda.
– Kurangkan merokok atau berhenti terus. Selain untuk kesihatan tubuh badan, tidak merokok boleh mencegah munculnya jerawat.
– Kurangkan rasa stress. Banyakkan beriadah agar tidak terlalu terbeban dengan berbagai masalah yang sentiasa bermain di kepala.

(Visited 140 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Rambut Gugur

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan. Rambut dikatakan mahkota bagi wanita. Tidak kurang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *