Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat

Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat

Tahukah anda ada beberapa Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat yang boleh anda amalkan. Namun anda jangan abaikan perubatan moden jika batuk anda teruk dan berlarutan. Sebab zaman sekarang banyak penyakit yang kita tidak jangka.

Petua Hilangkan Batuk dengan cepat
Petua hilangkan batuk dengan cepat

Petua tradisional hilangkan batuk dengan cepat ini boleh diamalkan dalam membantu mengubat masalah batuk anda. Semoga apa yang dikongsikan dibawah memberi manfaat.

Petua pertama adalah dengan menggunakan limau nipis dan kicap. Petua ini sangat berkesan dan telah diamalkan sejak zaman dahulu. Caranya adalah dengan mengambil satu biji limau nipis dan satu sudu makan kicap. Perah limau nipis ke atas sudu, buang bijinya. Tuang sedikit kicap dan minum. Amalkan juga minum air suam yang banyak. Sehari cukup dua kali lakukan petua ini.

Lada hitam yang dicampur dengan madu juga mampu menyembuhkan batuk dengan proses mengeluarkan lendir dari dalam. Bagaimana cara atau petuanya?
Ambil satu sendok lada hitam dan campurkan dengan dua sudu madu ke dalam gelas.
Tuang air panas dan tutup gelasnya selama 10 minit sebelum diminum.

Anda juga boleh mencuba dengan halia. Caranya adalah seperti dibawah
Ambil halia secukupnya dan dihiris-hiris.
Didihkan halia yang sudah dihiris 3 gelas air selama 15 minit kemudian ambil airnya.
Campur perahan lemon atau limau nipis dan satu sudu madu.

Kunyit juga mampu hilangkan batuk dengan cepat. Petuanya adalah dengan ambil setengah gelas air, lalu rebus.
Kemudian tambahkan satu sudu teh kunyit, kayu manis dan lada hitam. Minum airnya ketika sejuk sehari tiga kali hingga batuk hilang.

Diatas adalah sebahagian petua yang dapat dikongsikan untuk mengatasi masalah batuk anda, insyaallah jika izinkan petua diatas mampu menghilangkan batuk anda dengan cepat.

(Visited 446 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Histats.com © 2005-2014 Privacy