Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Panau Yang Mujarab

Petua Hilangkan Panau Yang Mujarab

Petua Hilangkan Panau Yang Mujarab. Pasti ramai yang menghadapi masalah panau pada kulit badan. Tahukah anda apa itu panau? Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

Petua Hilangkan Panau

Ada berbagai cara untuk menghilangkan panau sama ada secara tradisional mahu pun dengan ubatan moden. Namun bagi yang ingin mencuba secara tradisional anda boleh mencuba beberapa petua yang dikongsikan dibawah.

Anda boleh menggunakan halia. Caranya adalah dengan tumbuk hingga lumat kemudian tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau itu. Biarkan sahaja selama 15-20 minit. Boleh juga tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Letak pada bahagian yang berpanau dan biarkan hingga kering.

Cara seterusnya adalah dengan menyapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau namun kena elakkan memakan makanan yang mengandungi lengkuas.

Boleh juga menggunakan daun belimbing. Caranya adalah dengan tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Sapu pada bahagian yang bermasalah dengan panau.

Daun pinang juga mujarab untuk menghilangkan panau. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Boleh juga menggunakan buahnya dengan mengambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau.

Petua lain untuk menghilangkan panau adalah dengan menyapu campuran secekak daun kesum dengan minyak tanah. Pucuk lada juga berkesan dan mujarab. Hanya lumatkan dan letak sahaja pada bahagian badan yang bermasalah dengan panau.

Diatas adalah cara tradisional yang perlu diamalkan secara kerap untuk mendapat kesannya. Namun jika berlarutan anda boleh mencuba cara moden dengan menggunakan ubat yang banyak di farmasi. Selamat mencuba petua hilangkan panau yang mujarab dan selamat.

(Visited 48 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Rambut Gugur

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan. Rambut dikatakan mahkota bagi wanita. Tidak kurang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *