Home » Petua Dan Tips » Petua Hilangkan Selsema Dengan Lemon

Petua Hilangkan Selsema Dengan Lemon

Petua Hilangkan Selsema Dengan Lemon. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan selsema. Salah satu cara adalah menggunakan buah lemon. Buah ini masam namun banyak khasiatnya dalam mengatasi beberapa penyakit secara tradisional.

Petua Hilangkan Selsema Dengan Lemon
Buah Lemon

Lemon digunakan sebagai bahan atau rawatan alternatif untuk kecantikan kulit, untuk kurus dan berbagai lagi. Disini kami akan kongsikan cara untuk merawat masalah selsema menggunakan lemon.

  • Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2 jam.
  • Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
  • Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Telan jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan anda.

Tahukah anda bahawa buah lemon membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous dalam hidung dan tekak.

Selamat mencuba.

(Visited 1,027 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *