Home » Petua Dan Tips » Merawat Demam Secara Semulajadi

Merawat Demam Secara Semulajadi

Petua Merawat Demam Secara Semulajadi. Apa yang pasti semua orang pernah mengalami demam. Keadaan persekitaran dan gaya hidup juga mempengaruhi hingga kita mudah demam. Namun bila demam ada yang tidak mahu mengambil rawatan moden atau ada yang jenis payah makan ubat. Ada cara semulajadi untuk anda.

Cara semulajadi untuk merawat demam dan selsema adalah dengan pemakanan anda. Dibawah adalah beberapa makanan yang mampu merawat demam dan selsema secara semulajadi.

Petua Merawat Demam
Rawat demam dan selsema secara semulajadi

Banyakkan makan ikan. Ini adalah kerana ikan dapat membantu  mengurangkan keradangan di dalam badan anda. Antara ikan yang mengandungi Omega-3 dan asid lemak yang tinggi adalah tuna, salmon, dan ikan kembung.

Bawang putih boleh dijadikan sebagai antibiotik semulajadi yang membantu dalam melawan jangkitan. Bawang putih juga mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah.

Tahukah anda bahawa kunyit dapat membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit sangat membantu jika anda tambah ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Sayuran hijau juga sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Oleh itu dengan makan sayuran hijau ia dapat membantu melawan sejuk badan dan selsema.

Selain itu, halia juga membantu menghilangkan rasa sejuk dalam badan ketika demam. Caranya adalah menambah halia dan limau bersama air panas dan minum dua kali sehari. Begitu juga dengan madu. Madu boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Bancuhlah madu dengan minuman panas anda untuk meredakan masalah sakit tekak.

Semoga perkongsian Petua Merawat Demam dapat memberi manfaat.

(Visited 478 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *