Home » Petua Dan Tips » Petua Rambut Cantik dan Sihat

Petua Rambut Cantik dan Sihat

Petua Rambut Cantik dan Sihat. Rambut adalah mahkota bagi wanita. Ini memang tidak boleh dinafikan. Jika tidak manakan ada yang sanggup berbelanja besar untuk menjaga rambut dengan ke salon. Lelaki juga sepatutnya tidak boleh mengabaikan kecantikan rambut. Wajib jaga juga , baru nampak macho dan bergaya.

Ada beberapa petua lama atau tradisional yang boleh diamalkan untuk menjaga rambut. Tidak memerlukan belanja yang besar. Anda wajib mencubanya.

Petua Jaga Rambut
Petua Jaga Rambut

Cara Mendapat Rambut Yang Cantik
Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya ialah dengan meramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya. Apabila telah sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda. Cara kedua adalah dengan campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Cara Hindari Rambut Gugur
1- Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.

2- Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.

3- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Petua Cara Melebatkan Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali. Cara kedua adalah dengan arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Boleh diamalkan setiap hari.

Petua Cara Menghilangkan Kelemumur
1- Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2- Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3- Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Semua petua dan cara diatas adalah penyediaan cara tradisional yang mana menjimatkan. Tidak salah jika anda mencuba cara ini selain cara moden. Selamat mencuba.

(Visited 306 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *