Home » Petua Dan Tips » Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur Yang Berkesan. Rambut dikatakan mahkota bagi wanita. Tidak kurang juga dengan lelaki yang mempunyai berbagai gaya dan fesyen rambut terkini. Rambut juga tidak boleh lari dari berbagai masalah seperti beruban dan bercabang serta gugur.

Antara masalah rambut yang kerap dihadapi adalah rambut gugur dan tidak lebat. Berbagai faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Tapi kali ini kita kongsikan cara atau petua rambut lebat dan tidak gugur secara tradisional atau semulajadi.

Petua Rambut Lebat Dan Tidak Gugur

Petua Rambut Lebat Dan Cara Melebatkan Rambut

Cara dan petua yang mudah untuk anda amalkan agar rambut menjadi lebat. Hanya menggunakan pati santan kelapa. Untuk dapatkan pati santan anda hanya perlu ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Tak mahu yang muda. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. Sama sahaja macam hendak masak gulai tu.

Selepas dapat pati kelapa, langkah seterusnya adalah dengan basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam. Petua ini perlu diamalkan Amalkan petua ini 2 atau 3 kali seminggu. Hendak hasil yang bagus kena rajin dan yakin.

Tips Elakkan Rambut Gugur

Ok seterusnya masalah rambut gugur. Ramai yang menghadapi masalah ini, cuma teruk atau tidak sahaja. Kalau dibiarkan boleh gondol kepala. Untuk mengatasi masalah rambut gugur anda boleh amalkan beberapa tips ini.

1. Tips pertama yang perlu anda amalkan adalah memilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan guna kerana jenama sahaja. Mahal belum tentu sesuai untuk anda.
2. Gunakan sikat rambut bergigi jarang adalah sangat digalakkan. Jika gigi rapat akan menyebabkan rambut anda rosak kerana turut tertarik semasa menyikat. Itu sebab ada yang bersikat penuh rambut melekat sekali.
3. Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Jangan terus guna sahaja.
4. Wanita yang bertudung harus ingat ini. Pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

Jadi anda sudah tahu petua rambut lebat dan tidak gugur yang boleh dicuba. Jagalah rambut anda agar sentiasa sihat dan kemas. Semoga perkongsian petua dan tips berkaitan rambut ini memberi manfaat.

(Visited 118 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *