Home » Petua Dan Tips » Petua Tradisional Untuk Tubuh Badan

Petua Tradisional Untuk Tubuh Badan

Petua Tradisional Untuk Tubuh Badan. Selain rawatan moden yang diamalkan pada masa ini, beberapa cara perubatan lama atau tradisional masih lagi relevan dan diamalkan oleh ramai orang berdasarkan jenis-jenis keperluan masing-masing. Paling menjadi tumpuan semestinya petua tradisional yang berkaitan kecantikan luaran bagi wanita. Pasti ramai antara anda biasa mengamalkan petua ini.

Petua Tradisional Untuk Tubuh Badan
Petua Tradisional Untuk Tubuh Badan

Dibawah adalah beberapa petua tradisional yang dikongsikan dan biasa diamalkan oleh di Malaysia. Anda boleh sahaja mencuba mana tahu berkesan.

Petua Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin. Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

Petua kedua yang boleh anda amalkan adalah menggunakan asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya.

Petua Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Petua Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Petua Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Diatas adalah beberapa petua yang boleh anda amalkan untuk mengatasi beberapa masalah. Jika masalah berlarutan silalah berjumpa doktor untuk khidmat nasihat secara moden.

(Visited 191 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *