Home » Gaya Hidup » Punca Payudara Jadi Kendur

Punca Payudara Jadi Kendur

Punca Payudara Jadi Kendur. Ini adalah antara perkara yang akan atau sering dialami oleh wanita terutama mereka yang sudah berkahwin. Banyak perkara yang menjadi penyebab dan mempengaruhi kekenduran payu dara. Jadi tidak perlu risau dan panik sangat sehingga ada yang sanggup mengambil ubatan yang tidak ada jaminan kerana dikhuatiri akan ada kesan sampingan dikemudian hari.

Punca Payudara Jadi Kendur
punca payudara kendur

 

Salah satu faktor utama yang menyebabkan buah dada anda menjadi kendur adalah kesan penuaan. Bila semakin berumur segalanya pasti berubah. Ini disebabkan kelenjar susu mengecil sehingga ada ruang kosong di dalamnya

Penyebab lain adalah ketika menyusukan anak selepas bersalin. Ukuran payudara semakin berkembang seiring dengan usia kehamilan. Semakin besar akan menyebabkan risiko melorot kebawah semakin besar. Selain itu, cara anda tidur juga menjadi punca akan masalah ini. tidur mengiring tanpa memakai bra juga boleh membuatkan payudara menjadi kendur. Berbeza dengan tidur telentang kerana payudara di sokong oleh tubuh.

Penjagaan keatas payu dara oleh anda sendiri juga memainkan peranan. Perlakuan kasar seperti meramas-ramas terlalu kuat, penggunaan bra yang tidak tepat dengan saiz payudara bukan sahaja menyebabkan payudara tidak sihat tetapi turut menjadi punca payudara kendur dan lembik.

Payudara juga memerlukan zat makanan yang sesuai. Sama sahaja seperti bahagian tubuh lain. Penyakit seperti kanser juga boleh mengakibatkan payudara menjadi kendur. Amalan memakan sayuran seperti kubis, kacang soya, tempe, susu soya dan bawang putih sangat bagus untuk mencegah kanser payudara.

sumber wom

(Visited 325 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Berhenti Onani

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya. Tahukah anda apa itu onani? Onani menurut bahasa arab ialah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *