Home » Gaya Hidup » Punca Rambut Cepat Beruban Dan Cara Atasinya

Punca Rambut Cepat Beruban Dan Cara Atasinya

Apa itu uban? Uban adalah rambut yang berubah warna menjadi abu-abu kemudian putih. Tahukah anda apakah punca rambut cepat beruban dan cara mengatasi rambut yang ada uban.

Sedikit fakta menarik tentang golongan umur mereka yang mula beruban.
Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30. Orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an, manakala golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40.

Seperti kajian diatas, bagi kita orang Asia rata-rata akan mula beruban pada lewat usia 30an. Apakah punca-punca yang menyebabkan rambut cepat beruban. Berbagai faktor menjadi penyebab seperti yang dikongsikan dibawah.

Punca Rambut Cepat Beruban
Punca Rambut Cepat Beruban

Faktor Usia adalah salah satu faktor utama. Tidak dapat dinafikan lagi semakin meningkat umur semakin ramai yang mempunyai rambut putih. Cuba lihat sekeliling anda, pasti ada. Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia.

Faktor kedua ada berkaitan dengan genetik. Perubahan pada warna rambut seseorang adalah keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin atau pigmen warna berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut dan ini menyebabkan rambut seterusnya akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Faktor ketiga adalah disebabkan kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Selain itu ada beberapa faktor sampingan terutama kepada perokok. Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Jadi berhentilah merokok.

Anda sudah tahu beberapa faktor yang menyebabkan uban pada rambut anda. Disini juga kami kongsikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk melambatkan terjadinya rambut beruban.

Langkah yang sangat disyorkan adalan mengamalkan pengambilan nutrisi di dalam permakanan. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisien. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastikan tubuh kita sihat. Jadi jaga pemakanan anda, bukan sahaja untuk kesihatan tubuh tetapi rambut anda.

Senaman atau bersukan secara berkala juga membantu melambatkan proses rambut beruban. Ini kerana apabila anda berpeluh ia menunjukkan tubuh dan sel-sel di bawah kulit atau lemak anda tidak tersumbat.

Anda perlu sentiasa ceria dan jauhi stres kerana ia menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu. Situasi ini menyebabkan hidup anda menjadi tidak teratur dan boleh membantutkan sistem normal badan anda. Sentiasa ceria walaupun bebanan masalah menimpa.

(Visited 280 times, 1 visits today)

Check Also

rahsia lelaki

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui Rahsia Lelaki yang perlu anda tahu agar anda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *