Home » Gaya Hidup » Punca Suami Takut Isteri

Punca Suami Takut Isteri

Punca Suami Takut Isteri. Perkara biasa yang kita dengar tentang suami takut isteri atau bini. Ada pula yang membuat istilah bukan takut bini tetapi bini tidak takut padanya. Bukanlah takut itu sampai mengikut sahaja telunjuk isteri, tetapi ada beberapa sebab sebenarnya.

Punca Suami Takut Isteri

Apakah puncanya segelintir suami takut isteri?

Antara alasan atau punca adalah terlalu sayangkan isteri. Lelaki itu sebenarnya ingin menjaga hati isteri agar hubungan itu sentiasa baik tanpa sebarang masalah. Banyak mengalah dalam berbagai perkara agar masalah kecil tidak menjadi semakin rumit dan berpanjangan.

Faktor usia isteri lebih tua dari suami juga boleh dijadikan sebab. Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Biarpun isteri lebih tua daripada anda, tetapi ada adalah ketua keluarga. Semua keputusan dalam rumahtangga berada di tangan anda.

Faktor kewangan seperti isteri berkerjaya lebih baik dari suami. Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumahtangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumahtangga termasuk mengatur suami.

Sikap cemburu isteri juga boleh dijadikan faktor kenapa suami takut isteri. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri.Biasanya si isteri akan mengawal apa-apa aktiviti yang suami dilakukan, menentukan ke mana anda boleh pergi, siapa yang boleh anda jadikan teman dan berbagai lagi. Isteri menjadi queen control.

Banyak lagi faktor yang menjurus kepada istilah dan punca suami takut isteri. Namun sebaiknya dalam berumahtangga, kedua pasangan haruslah sentiasa menghormati satu sama lain. Adakah anda tergolong dalam kategori suami takut bini?

(Visited 135 times, 1 visits today)

Check Also

rahsia lelaki

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui Rahsia Lelaki yang perlu anda tahu agar anda …

2 comments

  1. ingatkan sebab isteri ketua gengster..hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *