Home » Gaya Hidup » Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui Rahsia Lelaki yang perlu anda tahu agar anda mudah memahami lelaki.

Lelaki lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun dalam hubungan interpersonal kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah serupa sahaja. Lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya.

rahsia lelaki
Rahsia lelaki yang perlu anda tahu

Ada beberapa rahsia lelaki atau sikap lelaki yang perlu anda tahu. Tidak semua lelaki tetapi ini adalah antara sikap yang ada pada lelaki.

Bagi lelaki ibu mereka adalah wanita ideal dan paling sempurna. Ibu adalah segalanya pada lelaki walaupun dia telah beristeri. Namun ini tidak bermakna dia meletakan isteri dibawah. Namun dari segi hubungan kekeluargaan anak lelaki lebih memahami ibunya.

Bukan lelaki namanya jika tiada koleksi peribadi. Lelaki memang suka mengumpul barang-barang seperti komik, jam tangan, CD dan sebagainya. Dia sanggup mencari barangan ini walaupun sukar untuk mendapatkannya.

Lelaki sukar untuk berterus terang. Memang sukar menjumpai lelaki yang petah berkata-kata apa lagi hendak bercakap terus terang kerana lebih banyak berkias atau memendam rasa. Secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti wanita.

Lelaki sanggup berhabis duit semata-mata untuk minat atau apa sahaja yang mereka inginkan. Jika mereka kaki kereta, sanggup sahaja melabur ribu-ribu ringgit janji puashati dengan hasilnya.

Lelaki jarang bergosip atau lebih mudah tidak suka mengumpat. Bukan tidak ada langsung tetapi susah nak jumpa. Jika tidak puashati atau ada masalah mereka hanya berdiam sahaja memendam rasa atau paling tidak menulis status kias-kias di laman sosial sahaja.

Lelaki memang suka melihat perempuan seksi tetapi dia tidak suka jika teman wanitanya berpakaian seksi dan menjadi perhatian lelaki lain.

Jadi diatas adalah sebahagian dari rahsia lelaki atau sikap mereka yang perlu anda tahu. Namun banyak lagi rahsia lelaki ini. Namun perkara ini subjektif dan mungkin berbeza dari satu individu dan yang lain. Lelaki sukar difahami jika tidak dicari rahsianya.

(Visited 131 times, 1 visits today)

Check Also

Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

Anda telah jatuh cinta pada seseorang? Apakah tanda anda telah jatuh cinta. Mesti ada sesuatu …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *