Home » Gaya Hidup » Rasa Hebat Tapi Sebenarnya Tidak

Rasa Hebat Tapi Sebenarnya Tidak

Rasa Hebat Tapi Sebenarnya Tidak. Dunia maya memang tiada sempadan. Semua dihujung jari. Janji ada capaian internet dan ada gajet, semua boleh jadi. Apa lagi zaman smartphone sentiasa ada ditangan ibarat kena gam. Kegilaan menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter kekadang makan pun lupa.

Dalam ramai pengguna laman sosial ini, rasanya kita tidak terlepas melihat status atau update yang poyo melampau atau bajet bagus sangat. Bukan semua tapi segelintir sahaja. Istilah keyboard warrior memang sinonim untuk mereka. Kalau zaman dulu orang cakap ikut sedap mulut, zaman ini ikut sedap jari menekan.

rasa hebat tapi tidak
rasa hebat tapi tidak

 

Antara jenis status yang bajet bagus sangat tetapi sebenarnya tidak pun adalah seperti dibawah.

  1. Sentiasa mahu kondem orang lain. Pendapat dia sahaja yang betul.
  2. Sembunyi identiti tetapi kerja hanya hentam orang 24 jam tak tidur agaknya.
  3. Bila update status kemain berapi ayat , tapi bila depan-depan di dunia maya menikus. Kalau boleh mahu jadi kura-kura sebab nak masukkan kepala dalam badan.
  4. Terlampau taksub dengan sesuatu pegangan. Tidak kiralah dari segi apa. Gaya hidup, jenama, politik dan sebagainya.
  5. Suka menayang barangan sendiri yang mewah-mewah atau mungkin setakat curi gambar orang kot.
  6. Sentiasa up cara hidup yang kononnya moden sangat. Cara orang semua kuno.
  7. Update status yang masuk bakul angkat sendiri. Minta puji konon.

Sebenarnya banyak lagi senarai yang ada. Rasanya cukup apa yang diatas. Sebab jika anda buat dan rasa macam jengkel je, itulah status perasan hebat tapi hampeh.

(Visited 86 times, 1 visits today)

Check Also

rahsia lelaki

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui¬†Rahsia Lelaki¬†yang perlu anda tahu agar anda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *