Home » Resepi Pilihan » Resepi Agar-Agar Gula Melaka

Resepi Agar-Agar Gula Melaka

Resepi Agar-Agar Gula Melaka. Agar-agar adalah salah satu pencuci mulut yang popular dan rasanya paling mudah dibuat. Kos pun tidak tinggi dan dapat jimatkan belanja. Sesuai untuk majlis keramaian dan peneman ketika minum petang.

resepi agar-agar gula melaka
resepi agar-agar gula melaka

Jika anda ingin mencuba, kami kongsikan resipi agar-agar gula melaka yang pasti sedap untuk anda.

Bahan-Bahan membuat resepi agar-agar gula melaka

10-12 gram agar-agar
3 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan dan membuat
Pukul telur bersama santan dan tapis. Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.

Masak gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.

Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati. Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.

Tuang dalam loyang dan sejukkan. Siap untuk dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba resepi mudah pencuci mulut jimat kos jimat masa.

(Visited 710 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *