Home » Resepi Pilihan » Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka. Pernahkah anda rasa asam pedas tetel ini. Kalau belum anda patut cuba. Memang terbaik dan sedap. Apa lagi kalau yang Melaka punya, aummm memang tidak toleh kiri kanan dah kalau makan.

Jom kita cuba masak Asam Pedas Daging Tetel Melaka dengan resepi yang dikongsikan. Pastikan semua bahan ada dan dimasak dengan betul, pasti jadi punya.

BAHAN-BAHAN ASAM PEDAS DAGING

500gm daging | dipotong kecil
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato | dipotong baji
1 kuntum bunga kantan
500ml air
250ml air asam jawa
15ml minyak masak
Garam secukup rasa
1 kiub pati daging

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIKISAR
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
2.5cm halia
3 batang serai
3 biji buah keras
1 inci belacan
4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar

CARA MEMASAK ASAM PEDAS DAGING TETEL

1.Kisar daun limau purut bersama daun ketumbar. Sementara itu, kisar bahan-bahan kisar seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, buah keras dan belacan sehingga lumat.
2.Rebus terlebih dahulu daging untuk memastikan ia masak dengan lebih sempurna.
3.Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk lumat sehingga garing dan naik baunya.
4.Masukkan perahan air asam jawa, kiub daging dan biarkan ia mereneh seketika sehingga daging masak dan empuk.
5.Kemudian masukkan daun limau purut, tomato dan bunga kantan. Biarkan ia mereneh seketika sehingga ia pekat dan pecah minyak sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba dengan jayanya. Share dengan rakan-rakan resepi asam pedas daging tetel Melaka ini. Jika anda sampai ke Bahau, Jempol Negeri Sembilan boleh ke restoren Asam Pedas Omak untuk cuba berbagai jenis asam pedas terbaik, citarasa Melaka punya.

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka
Asam Pedas Daging Tetel

sumber resepi dari rasa.my

(Visited 2,645 times, 2 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *