Home » Resepi Pilihan » Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Apa kata anda cuba resepi ayam masak paprik ala Thai ini. Rasanya ramai peminat paprik atau masakan Thai ini. Sangat sesuai untuk hidangan bersama nasi panas waktu tengahari dan malam.

resepi ayam masak paprik
Ayam masak paprik yang sedap – sumber gambar azierie.blogspot.my

Ayam masak paprik ini sangat mudah disediakan dan memang sedap jika betul cara memasak dan cukup bahannya. Yang penting sayur-sayuran wajib ada sebagai peneman ayam itu nanti.

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat ayam masak paprik ala thai adalah seperti dibawah.

2 keping dada ayam yang telah dihiris nipis
4 biji cili padi diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah perlu dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah perlu dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia perlu hiris halus
1/2 labu bawang besar perlu hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam dan kicap manis
2 biji putik jagung dihiris
2 tangkai kacang polong dihiris pendek
bunga kobis dipotong kecil
1/2 biji karot dihiris memanjang

Bila sudah siap bahan barulah kita boleh mulakan aksi memasak ayam paprik. Ikuti sahaja langkah-langkah dibawah.

Langkah pertama adalah mengoreng ayam. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng dahulu hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Selepas masak toskan dahulu dan letak tepi.

Langkah kedua adalah menumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga naik aromanya. Selepas itu masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

Selepas siap menumis masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau hingga rata. Bila sudah rata masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul.

Langkah seterusnya masukan serai, air dan daun limau purut. Letak garam sekucup rasa, jangan banyak-banyak nanti masin.

Langkah terakhir adalah dengan memasukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. Biarkan sayur sedikit empuk dan jangan sampai lembik sangat nanti hilang zat.

Siap sudah ayam paprik yang sedap dimata lazat dilidah. Selamat mencuba resepi ayam masak paprik ala thai.

(Visited 163 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Histats.com © 2005-2014 Privacy