Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Almond Rocher Untuk Aidilfitri

Resepi Biskut Almond Rocher Untuk Aidilfitri

Menjelang sambutan perayaan seperti hari raya aidilfitri sudah pasti berbagai juadah akan terbayang dimata. Bukanlah kerana kita anggap sebagai pesta makanan namun sebagai juadah buat tetamu yang hadir. Paling menjadi pilihan adalah biskut raya yang berbagai bentuk dan rasa. Disini ingin dikongsikan resepi biskut Almond Rocher yang sedap dan antara yang popular.

resepi biskut almond rocher

Resepi Biskut Almond Rocher

Untuk membuat biskut almond rocher kita memerlukan dua bahagian bahan yang perlu dibuat berasingan dahulu dan juga perlu ada bahan untuk hiasan.

Bahan-bahan almond rocher
Sediakan semua bahan yang diperlukan seperti senarai dibawah. Pastikan lengkap.

Bahan A
100gm mentega
40gm gula kastor
1 sudu makan susu
pekat manis
1/2 sudu makan pes mocca

Bahan B
30gm cornflakes yang telah dikisar halus
10gm badam kisar
10gm croquant
40gm tepung jagung
1/2 sudu makan tepung beras
120gm tepung gandum

Bahan hiasan
3 biji telur putih
Sedikit badam cincang
Coklat masakan putih
Coklat putih

Cara membuat almond rocher
Langkah pertama adalah dengan sebatikan semua bahan A hingga rata. Selepas siap barulah masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang. Selepas itu susunlah dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.

Setelah siap dibakar biarkan sejuk dahulu kemudian baru celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih di atasnya.

Mudah sahaja bukan untuk membuat biskut Almond Rocher anda sendiri. Selamat mencuba resepi biskut almond rocher ini dan jika tiada keberatan boleh kongsikan kepada rakan taulan dan jiran.

Untuk lebih pilihan boleh dapatkan resepi biskut lain di Senarai Resepi Biskut Raya ini.

(Visited 145 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Jus susu kurma Untuk Berbuka puasa

Resepi Jus Susu Kurma Untuk Ramadhan

Ramadhan semakin hampir yang pasti ramai yang tidak sabar menunggu tibanya. Namun sepanjang berpuasa, bagi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *