Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Cip Coklat Sedap

Resepi Biskut Cip Coklat Sedap

Resepi Biskut Cip Coklat Sedap. Biskut antara juadah utama ketika musim perayaan. Berbagai jenis biskut dengan nama yang berbagai terdapat di Malaysia. Memang semua sedap mata memandang sedap lagi mulut memakannya. Apa kata kita cuba membuat biskut cip coklat yang sedap ini.

Resepi Biskut Cip Coklat Sedap
Biskut cip coklat

BAHAN-BAHAN YANG PERLU ADA
1 cawan (250 gm) mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula merah
2 sudu kecil vanila
2 biji telur gred A
2/3 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1 cawan cip coklat putih

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 0C.
2. Krimkan mentega dan gula, masukkan vanila diikuti dengan telur satu per satu dan pukul sebentar.
3. Kemudian masukkan koko dan gaul rata. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan garam.
4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
5. Gaul rata cip coklat putih. Sudukan satu sudu kecil adunan tadi ke atas dulang pembakar dan bakar sekitar 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan.

Ok sudah siap biskut untuk hidangan tetamu yang bertandang dihari raya nanti. Selamat mencuba

sumber

(Visited 616 times, 3 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *