Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Cream Cheese

Resepi Biskut Cream Cheese

Resepi Biskut Cream Cheese. Biskut antara juadah atau hidangan popular di musim perayaan. Jika dihari raya pada zaman ini memang biskut menjadi pilihan disamping kuih tradisional.

resepi biskut cream cheese

Resepi pilihan kali ini adalah biskut Cream Cheese. Bahan dan caranya membuatnya juga mudah. Jadi jom kita mulakan.

Bahan untuk biskut cream cheese

500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm keju untuk hiasan

Cuba juga : Resepi Cheese Cake Oreo Tanpa Bakar

Cara membuat biskut cream cheese

Langkah pertama adalah dengan pukul Butter dan gula kemudian masukkan telur kuning serta esen vanilla serta sambung pukul hingga sebati.

Selepas siap memukul masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis tepung dengan masukkan tepung jagung dahulu kemudian baru tepung gandum.

Kemudia uli tepung sampai sebati. Tekap dengan acuan yang sesuai atau mengikut bentuk kesukaan anda. Tabur keju yang telah diparut di atasnya.

Langkah terakhir adalah bakar dalam ketuhar sampai masak.

Selamat mencuba resepi biskut cream cheese yang mudah dan sedap. Boleh cuba untuk hidangan hari raya anda nanti.

sumber

(Visited 95 times, 4 visits today)

Check Also

Resepi Jus susu kurma Untuk Berbuka puasa

Resepi Jus Susu Kurma Untuk Ramadhan

Ramadhan semakin hampir yang pasti ramai yang tidak sabar menunggu tibanya. Namun sepanjang berpuasa, bagi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Histats.com © 2005-2014 Privacy